Harry Kane Kemungkinan Tidak Beraksi Sabtu Ini Kerana Kecederaan

Bos Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino memberikan bayangan bahawa penyerang berbisa mereka, Harry Kane kemungkinan tidak akan beraksi dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United pada hari sabtu ini.

Penyerang yang berusia 24 tahun itu dikeluarkan selepas menjaringkan 2 gol ke atas pasukan Liverpool dan Pochettino memberi alasan Kane sebenarnya sudah keletihan.

Kane kemudiannya disisihkan daripada skuad untuk perlawanan Carabao Cup yang menyaksikan Tottenham tewas kepada West Ham United, 2-3 awal pagi tadi walaupun mendahului 2-0 di separuh masa pertama.

Kekalahan mengejutkan itu menyebabkan Pochettino terpaksa melakukan rombakan kecil pada barisan pemain yang akan ke Old Trafford dengan membawa barisan terbaik. Tetapi beliau enggan mengesahkan sama ada Kane akan beraksi atau tidak.

Bercakap kepada beINSPORTS, beliau berkata, “kami perlu melihat keadaan pasukan terlebih dahulu. Kami terpaksa melakukan rombakan disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan,”

Ketika ditanya sama ada Kane akan dibawa ke Old Trofford, beliau menambah, “kita akan lihat”

Harry Kane

Jika Kane tidak beraksi, ia akan menjadi satu kehilangan besar untuk perlawanan menentang Manchester United dimana penyerang itu telah menjaringkan 8 gol setakat ini dan menghuni carta penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris.

Bercakap mengenai prestasi Spurs menentang West Ham, Pochettino merasakan anak buahnya terlalu memandang mudah pada lawan selepas mendahului dengan selesa di separuh masa pertama.

“Kami menjaringkan 2 gol dan permainan dilihat akan berakhir dengan kemenangan tetapi kami memperlahankan rentak permainan sehingga bolos 3 gol dalam masa 15 minit di separuh masa kedua.

“Itu tak boleh terjadi. Bila mental anda tidak begitu bersedia pada peringkat ini, ia akan menjadi sukar. Pihak lawan sentiasa menunggu peluang untuk menjaringkan gol dan mereka sentiasa percaya dengan kemampuan mereka. Sudah tentu sukar bagi kami untuk menerima kekalahan,” jelasnya.

Tottenham kini menghuni kedudukan ketiga dalam saingan Liga Perdana Inggeris di belakang Manchester City dan Manchester United. Pertemuan menentang Manchester United ini akan menentukan peluang mereka untuk bersaing dengan pendahulu liga, Manchester City yang unggul di persada liga dengan jarak 5 mata.

Kane yang pernah memenangi anugerah penjaring terbanyak musim lepas kini mendahului carta penjaring terbanyak liga dengan 8 gol dalam 9 penampilan liga dan beliau telah menjaringkan 13 gol dalam 12 penampilan bersama Tottenham Hotspurs musim ini.

.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN