Harry Kane percaya bahawa Tottenham Hotspur yang akan kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di White Hart Lane pada musim hadapan dapat membantu kelab tersebut untuk mengekalkan pemain utama yang kini sedang dikaitkan dengan kelab lain.
Toby Alderweireld, Christian Eriksen dan Harry Kane sendiri kini menjadi tumpuan pasukan gergasi yang mahukan mendapatkan khidmat mereka, namun Kane percaya para pemain Tottenham Hotspur akan kekal bersama.
”Anda tidak pernah tahu dalam bola sepak.”
”Tetapi ini adalah tarikan yang utama, dengan stadium baru yang menakjubkan, pasukan yang hebat. Langkah seterusnya adalah untuk memenangi sesuatu buat pasukan tetapi ia adalah musim yang besar buat kami.”
”Diharapkan kami dapat merasai musim yang hebat dan memenangi beberapa trofi.”
”Liga Juara-Juara Eropah adalah tarikan yang besar, ia adalah apa yang orang mahukan, terutamanya pemain utama di seluruh dunia.”
”Untuk kami adalah penting dengan stadium baru. Untuk bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah dan saya tidak sabar untuk menunggu malam Liga Juara-Juara Eropah di stadium baru.”
Kane merasakan bahawa kemaraan Tottenham ke Liga Juara-Juara Eropah adalah pencapaian yang mengagumkan kerana mereka beraksi semua perlawanan di Wembley sebagai tuan rumah.
”Ia merupakan tahun yang sukar di Wembley. Tidak mudah apabila pasukan datang ke sana. Permainan dan stadium yang besar bagi mereka.”
”Kami terpaksa berhadapan dengan keadaan tersebut, menghadapi tekanan itu.”
”Saya fikir semua orang memandang rendah betapa sukar kami ketika itu, 38 perlawanan terpaksa beraksi jauh dari ‘home’ dalam Liga Perdana Inggeris dan dalam liga kompetitif, sangat sukar.”