Negeri Sembilan Umum Pengendali Baharu Ganti Azraai Khor

Negeri Sembilan membuat kejutan apabila mengumumkan Mario Lemos sebagai Ketua Jurulatih baharu bagi menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah untuk menghadapi saingan sengit Liga Super.

Beliau telah pun memulakan sesi latihan bersama pemain dan tugas pertamanya ialah memastikan skuad hoben jang hoben itu mencatat kemenangan ke atas Kedah pada hari ahad ini.

“Mario Lemos, nama baru yang dipertanggungjawabkan sebagai pengendali baharu pasukan N.Sembilan.

“Beliau yang menggantikan Azraai Khor Abdullah akan memulakan sentuhan pertama pada pertemuan bertemu Kedah, 13 Mei 2018 ini,” kata kenyataan rasmi daripada laman facebook Team N9FC.

Jurulatih yang berasal daripada Portugal ini mempunyai pengalaman membimbing skuad kebangsaan Bangladesh. Malah beliau juga pernah melatih sebuah kelab dalam Liga Korea Selatan. Menurut carian di internet, Lemos juga merupakan tenaga pengajar bagi khusus kejurulatihan lesen A.

Azraai Khor dilantik sebagai jurulatih Negeri Sembilan pada bulan Februari lepas. Beliau menggantikan jurulatih dari Jerman, Jorg Peter Steinebrunner yang sebelum ini gagal menaikkan prestasi pasukan Negeri Sembilan ke tahap memuaskan selepas 4 perlawanan Liga Super.

Namun selepas 5 perlawanan, Azraai dilihat masih gagal membawa skuad itu mengutip 3 mata berharga selepas mencatat keputusan 2 seri dan 3 kekalahan. Negeri Sembilan juga tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada Kedah, 0-1.

Selain itu, Negeri Sembilan turut mengumumkan dua pemain import baharu yang akan didaftarkan pada jendela perpindahan kedua musim ini. 2 pemain itu ialah Angel Guirado di posisi serangan dan Alex moraes yang bermain di posisi pertahanan tengah.

Angel Guirado merupakan penyerang kelahiran Sepanyol berwarganegara Filipina akan mengisi kuota pemain import Asean iaitu Prak Mony Udom dari Kemboja.

Manakala Alex Moraes yang menyertai pasukan Pahang musim ini akan menguatkan barisan pertahanan Negeri Sembilan selepas Renars Rode digugurkan akibat kecederaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN