Harris Harun: Keraian Piala Liga Super Ubat Kekecewaan Gagal Menang Perlawanan Terakhir Di Larkin

JOHOR BAHRU, 20 Julai: Kemeriahan sambutan julang trofi Liga Super menjadi pengubat kekecewaan Johor Darul Takzim, JDT apabila hasrat untuk raih kemenangan buat kali terakhir di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin tidak kesampaian pada aksi Liga Super pada Jumaat.

JDT terikat seri tiga sama menentang Terengganu pada aksi terakhir Liga yang berlangsung di laman sendiri sekali gus ia sedikit sebanyak mengundang kecewa tuan rumah untuk meraikan saat-saat terakhir di stadium keramat dengan kemenangan.

Ini kerana JDT akan mula beraksi di Stadium Sultan Ibrahim yang merupakan stadium baharu mereka bermula musim depan dan sudah pasti keputusan seri belum cukup untuk mereka berasa puas pada aksi terakhir tu.

Walaubagaimanapun, kapten pasukan JDT, Hariss Harun menyifatkan satu mata yang diraih itu tetap bermakna untuk pasukan walaupun tidak raih kemenangan selain tetap menikmati kemeriahan menjulang trofi di hadapan penyokong.

“Malam ni kami sambut kejuaraan julang trofi Liga Super tapi keputusan perlawanan pula tidak seperti yang kami harapkan.

“Separuh masa pertama kami berjaya menguasai perlawanan dengan baik untuk berada di depan, tapi kami hilang kawalan pada babak kedua untuk pihak lawan menyamakan kedudukan.

“Secara keseluruhan, kami dapat satu mata dan walaupun tidak menang, kami tetap juara Liga Super dan tetap meraikan kejayaan ini dengan seluruh penyokong”, katanya.

Kapten pasukan Terengganu FC, Lee Tuck pula menyifatkan ia adalah perlawanan yang cukup sengit tatkala mereka sudah ketinggalan pada separuh masa pertama sebelum skuad kendalian Mohd Nafuzi Mahammad Zain bangkit pada babak kedua perlawanan untuk menyamakan kedudukan.

Sudah pasti JDT inginkan kemenangan yang berharga pada aksi terakhir itu, namun Lee Tuck puji rakan sepasukan yang tidak cepat berputus asa untuk memastikan mereka dapat membawa pulang satu mata di tempat lawan.

“Sememangnya satu perlawanan yang mengujakan dan JDT juga cukup memberi cabaran kepada kami.

“Banyak peluang yang terhidang untuk JDT, tapi nampaknya pasukan kami pamer karakter tersendiri untuk bangkit pada separuh masa kedua.

“Jadi, saya memang puas dengan perlawanan ini terutamanya apabila turut berjaya jaringkan gol untuk pasukan dan satu mata yang diraih ini cukup bermakna untuk kami,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN