Kisah Menarik Bagaimana Liverpool Hampir Jual Origi Ke Everton Pada 2018

Ini merupakan satu pendedahan yang cukup menarik mengenai pemain Liverpool – Divock Origi.

Pada satu ketika, beliau merupakan pemain yang seolah-olah dilupakan oleh penyokong Liverpool sejak kehadiran Mohamed Salah dan juga Sadio Mane.

Namun begiu pada musim ini, beliau kembali muncul dan diangkat sebagai wira Liverpool dalam perjalanan mereka menjadi juara Eropah.

Tetapi, tahukah anda yang Liverpool sebenarnya hampir menjual beliau ke musuh tradisi mereka iaitu Everton?

Menurut laman Empire of the Kop, kisah perpindahan yang tidak menjadi itu diceritakan oleh Simon Hughes dalam buku tulisan beliau iaitu Allez, Allez, Allez.

“Everton sebenarnya ada cuba untuk dapatkan Divock Origi pada musim panas 2018.”

“Ianya dilakukan pada penghujung jendela perpindahan pada masa itu, namun usaha mereka mendapatkan pemain itu gagal.”

Menurut Hughes, Everton menawarkan yuran perpindahan yang tidak mencukupi kepada Liverpool untuk mendapatkan Origi.

Pada hemat Liverpool, yuran perpindahan yang ditawarkan itu terlalu rendah malah Origi juga tidak berminat untuk berhijrah.

Sebaliknya, Origi memilih untuk terus kekal bersama Liverpool dan mencabar tempatnya dalam skuad utama.

Keputusan dilakukan oleh Origi itu tepat untuk dirinya.

Walaupun masih belum dapat mencuri tempat dari Salah atau Mane, beliau kini dilihat memainkan watak penting dalam perlawanan-perlawanan besar.

Majoriti daripada gol-gol yang dijaringkan oleh Origi merupakan ketika perlawanan-perlawanan penting Liverpool.

Antaranya ketika menentang Borussia Dortmund di Europa League, lawan Everton di Premier League.

Gol-gol beliau ketika menentang Barcelona dan Tottenham Hotspur juga mempunyai signifikannya yang tersendiri dalam membantu Liverpool memenangi gelaran Eropah yang keenam.

Leave a Reply