Harith Haikal Tidak Gentar Cabaran Getir Bersama Skuad B-23

Harith Haiqal Selangor FC Harimau Muda

Tonggak skuad B-23 negara, Harith Haikal Adam Afkar nyata tidak sabar untuk menempuhi segala laluan getir yang bakal dilaluinya pada tahun ini bersama rakan sepasukan.

Harith juga mahu mengekalkan momentum yang positif seperti mana yang beliau dan rakan-rakan harungi ketika kempen Kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia, Oktober lalu.

Kelayakan AFC B-23: Malaysia Sah ‘Terbang’ Ke Pusingan Akhir, Juarai Saingan Kumpulan J

Jelas Harith yang juga merupakan pemain Selangor, beliau sudah pun melakukan persiapan diri dari segi kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi jadual padat bersama rakan sepasukan bagi menghadapi Piala AFF di Kemboja.

Selain saingan di Kemboja, Harith dan rakan-rakan akan bertarung membawa nama negara di Sukan SEA Vietnam, Piala Asia B-23 di Uzbekistan, dan Sukan Asia di China.

“Saya sudah menerapkan fokus untuk berdepan beberapa kejohanan besar tahun ini, dalam masa sama turut memberi fokus kepada Selangor untuk aksi di Liga Malaysia (Liga M).”

Beliau turut berkata akan pencapaian bersama skuad B-23 negara tahun lalu amat baik untuk dirinya setelah menjuarai peringkat kumpulan di Mongolia.

Namun beliau masih tidak berpuas hati dengan apa yang diberikan untuk Selangor apabila beliau gagal membantu pasukan tersebut menjuarai apa-apa kejohanan.

“Saya tidak berpuas hati kerana tidak meraih sebarang kejayaan dengan Selangor tahun lalu, jadi azam baru, tahun baru saya harap dapat kerap bermain walaupun tahu bakal berdepan kesukaran untuk bersaing dengan pemain senior dan import.”

Ketika ditanya mengenai kejohanan mana yang membuatkan beliau tidak sabar untuk beraksi, pemain muda berusia 19 tahun itu mengakui Piala Asia B-23 menjadi keutamaan beliau kerana Malaysia akan berdepan banyak gergasi bola sepak serantau.

“Bagi saya, semua kejohanan saya mahu beraksi namun sasaran utama ialah Piala Asia B-23, saya sudah bersedia untuk berdepan laluan yang dijangka tidak mudah.”

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN