Disebabkan graduan generasi kedua Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dilihat kurang laris di pasaran, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikatakan bakal menghidupkan semula program persis Harimau Muda untuk bersaing di Liga Malaysia (Liga M).
Mengikut rekod sebelum ini, graduan AMD berjumlah sekitar 40 orang dan setakat yang dimaklumkan, hanya 12 sahaja pemain telah dipilih oleh dua pasukan iaitu juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.
Walaupun ada yang berpendapat, langkah FAM mewujudkan semula Harimau Muda adalah langkah ke belakang, namun bagaimana nasib baki graduan AMD yang gagal menyertai mana-mana pasukan untuk saingan musim depan?
Baki 28 orang pelatih di jangka akan menamatkan rundingan berkaitan kontrak mereka dalam masa terdekat sebelum bermulanya Musim 2021.
Kami di NFDP sentiasa mendoakan kejayaan setiap graduan yang ada.
Selamat berjaya semua 💪🏻 pic.twitter.com/bTFoZGnIXA
— NFDP Official (@NFDPOfficial) December 1, 2020
Hala tuju graduan yang tiada pasukan
Ini menyaksikan baki graduan tersebut bakal menganggur ataupun terpaksa menukar bidang selepas ini. Mungkin disebabkan kesan pandemik COVID-19, pasukan-pasukan Liga M termasuklah JDT dan Selangor dilihat lebih berhati-hati dalam berbelanja. Tahun lalu menyaksikan Selangor telah ‘memborong’ 28 graduan AMD.
Menurut komen bekas pengendali Selangor, B. Satiananthan yang berkata kepada Berita Harian, jika ia diwujudkan semula bagi melindungi potensi bekas pemain-pemain AMD, maka program tersebut masih releven. Menurutnya, “Ada kebaikannya juga kalau Persatuan Bolasepak Malaysia mengambil pendekatan sebegini.”
“Sekurang-kurangnya pemain yang tidak diambil mana-mana pasukan, dapat bermain di Liga Premier yang tahapnya lebih tinggi berbanding Piala Belia dan Piala Presiden,” tambahnya sambil berkata yang pemain-pemain tersebut akan dapat meneruskan kesinambungan mereka dan mendapat pendedahan yang diperlukan.
Throwback 2015#HarimauMuda
@FAM_Malaysia
@OKS_HarimauMsia
@Khairykj
@HRHJohorII https://t.co/xl0l3IwB4X— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) December 2, 2020
FAM perlu lihat kekurangan program terdahulu
Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang dilihat senada dengan Satiananthan turut berpendapat yang FAM perlu belajar daripada pengalaman lalu dan melihat semula segala kekurangan pada program Harimau Muda terdahulu yang terkubur pada penghujung musim 2015.
“Kita sudah ada program ini dahulu. Jadi, tengok semula dan lihat kalau kita boleh tambahbaikkan supaya ia dapat berjalan untuk jangka masa panjang bagi mencapai matlamat yang dimahukan.Ini sememamgnya satu program yang baik supaya pasukan pelapis dihimpunkan dalam satu pasukan yang tetap,” jelasnya.
Selain komposisi pemain-pemain yang bakal menyertai skuad Harimau Muda ini yang menjadi tanda tanya, timbul juga persoalan, adakah mereka akan hanya membuat ‘kerja amal’? Adakah mereka akan menerima gaji untuk bersama skuad itu?
Hanya ada 2 pasukan yang menawarkan gaji setanding iaitu JDT & Selangor, sementara pasukan-pasukan lain menawarkan gaji lebih rendah.
Jika anda ibubapa/penjaga graduan AMD, pasukan manakah yang anda akan pilih?
— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) December 26, 2019
Tetapkan gaji buat para pemain tersebut
Mengenai isu itu, Zolkples Embong berpendapat yang para pemain itu perlulah dibayar gaji sebagaimana pemain-pemain profesional lain. Ia dilihat akan melibatkan satu dana yang besar dan FAM perlulah memiliki perancangan teliti dan yang terbaik.
“FAM perlu bijaklah mencari dana yang diperlukan untuk menjayakan program ini. Tetapi saya rasa duit bukan satu masalah yang besar sebab FAM boleh tetapkan berapa gaji yang wajar dibayar pada mereka. Mengambil kira usia lepasan AMD, saya anggap RM4,000 ke RM5,000 sudah cukup untuk mereka,” jelasnya.
Tambahnya lagi, graduan-graduan AMD tidak perlu terlalu dimewahkan dengan gaji yang ‘melampau’ kerana usia mereka yang masih muda. Ujarnya yang bercakap kepada Berita Harian, “Biar mereka bermain dan berkembang dan selepas itu, mereka boleh mencari gaji puluhan ribu dengan pasukan lain yang berminat.”
KREDIT FEATURED IMAGE: NFDP
Baca lagi artikel mengenai AMD dan Harimau Muda:
Guus Hiddink: Harimau Muda Ada Kualiti Untuk Ke Pusingan Akhir