Harimau Malaya Naik Barracuda, Bas Diguna Umpan Perusuh

Kesemua anggota skuad Harimau Malaya terpaksa dibawa menaiki kereta perisai Barracuda untuk memastikan keselamatan mereka ketika dibawa keluar dari stadium oleh pihak berkuasa Indonesia

Langkah itu terpaksa dilakukan setelah kekecohan dan rusuhan oleh penyokong Indonesia di perkarangan Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) di Jakarta pada malam tadi.

Dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, skuad kendalian Tan Cheng Hoe bangkit dua kali sebelum menewaskan Indonsia 3-2 di gelanggang keramat mereka sendiri.

Menurut laporan dari BERNAMA, lima buah kereta perisai jenis Barracuda digunakan untuk membawa pemain, dan sebuah bas lagi digunakan untuk mengalih perhatian perusuh.

Gas pemedih mata turut dilepaskan oleh pihak polis bagi meleraikan penyokong yang membuat kacau di perkarangan stadium.

Ini bukan pertama kali keganasan bola sepak berlaku di Indonesia membabitkan perlawanan antarabangsa menentang Malaysia. Situasi hampir sama turut dilalui pasukan negara di pertandingan Piala AFF Suzuki 2010, dan Sukan SEA 2011.

Penyokong Malaysia pula difahamkan terpaksa menunggu lebih 2 jam di dalam stadium sebelum dibenarkan pulang ke hotel masing masing.

Kredit Foto: BolaSport

Susulan kejadian terbaru ini, Menteri Belia dan Sukan yang terperangkap hampir dua jam bersama penyokong Malaysia yang lain di SUGBK berkata tindakan sewajarnya akan diambil dari pihak beliau.

Dalam aksi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia 2022/2023, penyokong Malaysia yang hadir ke Bung Karno turut dihujani dengan pelbagai layanan ‘mesra’ penyokong tuan rumah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN