Harimau Malaya Lonjak Ke Tangga 139 Dunia Jika Situasi Ini Berlaku

Harimau Malaya kini berada dalam prestasi terbaik untuk terus memperbaiki posisi mereka di ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) jika pasukan tersebut mampu untuk melakar kemenangan seterusnya berdepan Hong Kong.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh HarimauMYstats di Twitter, Malaysia mampu untuk menghuni carta kedudukan ke-139 terbaik dunia jika mereka mampu untuk menewaskan Hong Kong pada hari esok di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Sebelum itu, skuad kendalian Kim Pan-gon telah pun mencatat keputusan positif menerusi kemenangan pertama mereka tahun ini dengan menjadikan Turkmenistan sebagai mangsa di SSI.

Menerusi kemenangan tersebut, Harimau Malaya telah pun meraih 5.27 mata untuk berada di kedudukan 140 dunia dan telah memintas Burundi yang tewas kepada Indonesia baru-baru ini serta St Kitts and Nevis.

Jika mereka berjaya menewaskan Hong Kong pada aksi seterusnya, Malaysia bakal memperoleh 4.85 mata dan berpeluang cerah untuk meraih kedudukan ke-139 dunia serta memintas Suriname.

Apapun, ianya juga turut bergantung kepada perlawanan membabitkan antara Nicaragua bersama Trinidad & Tobago yang turut akan berlangsung pada hari esok.

Pada aksi tersebut, Harimau Malaya perlu berharap supaya Nicaragua tewas kepada pasukan lawan untuk memastikan mereka mampu meraih kedudukan ke-139 dunia selepas menewaskan Hong Kong.

Apapun jika keputusan sekadar seri atau tewas malam esok, kedudukan Malaysia tidak akan jauh berubah dengan dipastikan akan berada di tangga ke-140 atau 143 dunia sahaja.

Kali terakhir Malaysia berada pada kedudukan bawah 140 dunia ialah 2011 ketika mereka memenangi Piala AFF 2010 untuk berada di tangga ke-138 sebelum zaman kejatuhan mula berlaku buat Harimau Malaya.

Kemenangan mengatasi Hong Kong juga dilihat mampu merapatkan jurang antara Malaysia dan Filipina ketika ini yang berada di kedudukan ke-134 dunia dengan defisit perbezaan sebanyak 27.44 mata.

Apapun, sudah tentu Kim akan memberi fokus terbaik dalam persiapan beliau untuk nenghadapi Hong Kong yang dilihat sebagai satu lagi lawan sukar buat pasukan negara.

Pada aksi lalu, Malaysia berjaya menewaskan Turkmenistan menerusi kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan tunggal daripada pemain bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Akhyar Rashid.

Menerusi himpunan para pemain terbaik yang dipanggil oleh Kim kali ini, Malaysia mempunyai peluang cerah untuk terus mencatat kemenangan kedua berturut-turut awal tahun 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN