‘Perfect 10’ – Zlatan ‘Benam’ Cubaan Wartawan Yang Mahu Burukkan Imej Qatar

Bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic tampil membenam cubaan salah seorang wartawan yang jelas-jelas mahu cuba memburukkan imej tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar.

Ketika peminat serta semua pihak sudah melupakan kempen Piala Dunia, ternyata ada pihak yang masih tidak berpuas hati dan tetap gigih berusaha untuk menunjukkan sisi buruk tuan rumah, Qatar.

Dari sebelum Piala Dunia bermula, hingga ketika pertandingan tersebut berjalan, terdapat banyak media barat yang berusaha mahu memburukkan Qatar dan usaha mereka itu terlalu jelas ditunjukkan kepada umum.

Mereka-mereka ini seboleh-bolehnya menutup segala kebaikkan Qatar sebagai tuan rumah, dan hanya melaporkan hal-hal negatif sahaja untuk menampakkan negara tersebut sebenarnya sangat teruk.

Satu hal yang pasti, kumpulan penyokong bendera pelangi lah yang paling teruk berusaha mahu memburukkan tuan rumah kerana kelompok mereka tidak diterima di negara tersebut.

Usaha mereka sebelum ini berakhir dengan kegagalan selepas pihak-pihak yang berkunjung ke Qatar sendiri memuji negara tersebut dan menolak semua hal negatif yang dilaporkan oleh beberapa media barat.

Dan ketika semua sudah ‘move on’ dari hal tersebut, masih ada wartawan yang tidak berpuas hati dan masih tetap mahu menulis cerita buruk tentang Qatar.

Wartawan tersebut cuba memancing Zlatan Ibrahimovic untuk memberi pandangan tentang Qatar dan jelas sekali beliau berharap bintang AC Milan itu akan sependapat dengannya.

“Zlatan, kamu berkunjung ke Qatar ketika Piala Dunia, apa yang kamu fikir tentang negara tersebut? dan apa yang kamu fikir tentang pertandingan itu? adakah ia teratur di sana?”

Soal wartawan yang tidak pasti dari media mana itu.

Zlatan yang berkerut dahi mendengar soalan tersebut kemudiannya menjawab:

“Menakjubkan. Ia sangat menarik. Maksud saya, kami ada di sana, keluarga saya dan saya berada di sana selama dua hari, penganjuran 10 markah, pengalaman 10 markah, perlawanan 10 markah, penyokong 10 markah, makanan 10 markah, perjalanan 10 markah, Piala Dunia 10 markah, semuanya 10 markah.”

Jelas Zlatan sambil mengenyit dan menggoyangkan kepalanya.

“Apa yang mahu kamu dengar? sesuatu yang lain? teruskan.”

Soal Zlatan kepada wartawan tersebut.

“Tidak saya hanya curiga kerana terdapat banyak kritikan terhadap negara, hak asasi kemanusiaan dicabuli, jadi saya curiga tentang pandangan kamu terhadap negara itu dan Piala Dunia.”

Jawab wartawan tersebut.

“10 markah”

Jelas Zlatan lagi sebagai tanda beliau sama sekali tiada masalah dengan Qatar dan tidak sependapat dengan wartawan itu.

Memandangkan Zlatan seorang pemain yang mempunyai mulut agak celupar dan beliau pernah memberi sokongan kepada salah seorang pemain yang mengaku ‘kunyit’, maka mungkin kerana itulah wartawan tersebut cuba memancing legenda Sweden itu.

Jelas sekali wartawan tersebut berfikir Zlatan akan menghentam Qatar kerana membenci kumpulan pelangi, namun sebaliknya Atan (nama manja Zlatan Ibrahimovic) menyokong dan memuji negara tuan rumah Piala Dunia 2022 itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN