Harimau Malaya Intai Peluang Uji Pasukan Gergasi Asia Barat

Skuad Harimau Malaya kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe berkemungkinan besar akan bertemu Palestin dalam perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Ini bermakna, jika cadangan tersebut menjadi kenyataan, pasukan negara akan menentang pasukan yang berada di keduduka  ke-106 dunia itu sebelum perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan diikuti oleh Vietnam pada 26 dan 31 Mac depan.

Perkhabaran potensi menentang Palestin dilaporkan oleh Arena Metro selepas disahkan sendiri oleh pengurus pasukan, Datuk Yusoff Mahadi.

Kredit Foto: FAM

Menurut Yusoff, Palestin sudah pun menyatakan persetujuan untuk berhadapan pasukan negara.

Bagaimanapun, beliau turut berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih lagi menunggu jawapan dari beberapa lagi pasukan dari negara Asia Barat termasuk Arab Saudi, Oman, Bahrain dan juga Qatar.

Tan Cheng Hoe kemudiannya akan dibenarkan untuk menentukan sendiri lawan yang difikirkan sesuai untuk pasukan negara.

“Walaupun Palestin dah bagi jawapan, kita juga ada menghantar surat kepada Arab Saudi [67 dunia] dan itu sebuah pasukan yang hebat,” kata Yusoff.

ABU DHABI, UNITED ARAB EMIRATES – JANUARY 05: Ali Mabkhout of UAE competes for the ball with Waleed Alhayam of Bahrain during the AFC Asian Cup Group A match between United Arab Emirates and Bahrain at Zayed Sports City Stadium on January 5, 2019 in Abu Dhabi, United Arab Emirates. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

“Kita hantar juga kepada Oman [81 dunia], Bahrain [100 dunia] dan Qatar [55 dunia]. Memang kita tak nafikan negara ini rankingnya lebih baik daripada kita.

“Negara mana yang akan dipilih, bagi saya ia akan dapat memberi peluang kepada Cheng Hoe untuk menguji pasukan kita.

Bagi Yusoff apa yang penting ialah perlawanan persahabatan yang dirancang nanti akan memberi peluang kepada Cheng Hoe untuk menguji kekuatan pasukan sebelum perlawanan sebenar menentang UAE yang menduduki tangga ke-71 dunia.

“Kita bagi beliau [Tan Cheng Hoe] memilih [sendiri] dan menentukan berapa perlawanan dimahukan dan apa pasukan yang nak bertemu kita serahkan sepenuhnya kepada Cheng Hoe,” kata Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tan Cheng Hoe Malaysia Latihan
FOTO: FAM

Bagi Yusoff, dua perlawanan menentan UAE dan Vietnam nanti amatlah penting untuk pasukan negara mengutip mata. Oleh sedemikian, FAM akan memberikan ruang seluas-luasnya untuk membantu Cheng Hoe dari segi keperluan untuk menambah baik pasukan negara.

Pasukan negara kini berada di tangga kedua Kumpulan G di belakang Vietnam, selepas mencatat dua kemenangan ke atas Indonesia dan menewaskan Thailand di Bukit Jalul untuk mengumpul sembilan mata.

Selepas bertemu UAE dan Vietnam, pasukan negara menamatkan saingan kumpulan menentang Thailand di Bangkok pada Jun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN