Liridon Sudah Bersedia Untuk Kembali, Kini Lebih Kuat, Pantas, Cergas & Bijak

Masa depan Liridon Krasniqi terus menjadi tanda tanya walaupun sebelum ini dilihat menyertai latihan pra musim pasukan JDT.

Namun dalam muat naik terbaru di IG Story pemain itu baru-baru ini, pemain kelahiran Kosovo itu berkata beliau kini sudah bersedia untuk kembali, sekaligus membayangkan akan terus beraksi di saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

“Saya ingin berkongsi sesuatu dengan semua, maka saya akan bercakap dalam Bahasa Inggeris agar semua pihak boleh faham,” kata Liridon membuka bicara.

“Minggu ini adalah minggu yang sukar buat saya, tetapi ia juga penuh dengan kejutan.

“Terus ikuti saya di IG dan Facebook kerana saya akan kembali lebih kuat, pantas, cergas, dan lebih bijak.

“Saya telah menanti saat ini cukup lama. Ia memang sangat lama, tetapi ini adalah masanya dan ini masa untuk saya.

“Saya sayang anda semua, dan terima kasih untuk sokongan anda selama ini.”

Musim lalu Liridon beraksi bersama pasukan Melaka, namun terpaksa melupakan saingan di Liga Malaysia akibat kecederaan yang memaksa beliau ke Eropah untuk menjalani pemulihan.

Foto: JST

Baru-bari ini pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut mengulas mengenai situasi dan status pemain ini.

TMJ menegaskan bahawa, Liridon menyertai latihan JDT baru-baru ini, sebenarnya hanyalah kerana pemain itu mahu mendapatkan semula kecergasan beliau.

Ianya juga penting jika pemain itu diserap masuk ke dalam pasukan Harimau Malaya.

Namun baginda tidak menolak kemungkinan akan mendapatkan khidmat Liridon Krasniqi. Namun ianya akan dilakukan berlandaskan prosedur yang betul.

“Liridon datang ke JDT untuk kita bantu dia memulihkan kecergasan dan kita hanya akan membuat pengumuman jika menandatangani pemain yang memiliki nama besar.” jelas TMJ.

“Kita mahu melihat Liridon cergas apabila menyarung jersi Harimau Malaya.

“Dan mungkin juga beliau akan sertai JDT namun jika semua prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan maka kita akan umum secara rasmi statusnya.”

“Namun, buat masa ini belum ada apa-apa nak umumkan lagi.”

Selain JDT, Liridon juga berkemungkinan akan menyertai pasukan lain untuk saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN