FAM Akan Hantar Harimau Malaya Beraksi Di Pestabola Merdeka

Pestabola Merdeka, Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya memilih untuk menghantar skuad senior untuk kejohanan Pestabola Merdeka yang dijangka dianjurkan pada bulan Mac, tahun hadapan.

Dipetik berkata kepada Berita Harian, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan perkara ini bagi membolehkan skuad B-23 fokus kepada pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-23.

“Kita akan ada dua panggilan untuk latihan pusat kebangsaan pada Mac nanti iaitu membabitkan skuad senior dan skuad B-23. Masing-masing ada tanggungjawab mereka yang tersendiri.”

“Bagaimanapun, kita tidak boleh menghantar skuad B-23 kerana mereka terikat dengan komitmen untuk menghadapi pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 yang berlangsung di sini.”

“Justeru, kita akan menghantar pasukan senior ke saingan Pestabola Merdeka,” ujarnya lagi kepada Berita Harian.

Foto: NSTP

Pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 akan berlangsung di Malaysia dengan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akan bertemu dengan Filipina, Laos dan China dalam aksi Kumpulan J.

Untuk rekod, kali terakhir skuad senior beraksi di kejohanan tertua di Asia itu adalah pada edisi 2006 yang menyaksikan Myanmar menjuarainya buat kali ke-4 sepanjang penyertaan mereka.

Dan kali terakhir skuad senior menyertai seterusnya menjuarai kejohanan ini adalah pada edisi 1993 di mana Malaysia telah menundukkan Korea Selatan B dengan keputusan 3-1.

Sementara lima tahun lalu iaitu ketika kali terakhir kejohanan ini dianjurkan menyaksikan skuad B-23 negara memenanginya selepas berjaya menundukkan Myanmar dengan keputusan 2-0.

Malaysia adalah pasukan paling banyak memenangi kejohanan ini dengan 10 gelaran (2 berkongsi), diikuti Korea Selatan (9 gelaran, 4 kongsi), Myanmar (4 gelaran, 1 kongsi) dan Indonesia (3 gelaran).

FOTO: Mohd Shah

Minggu lalu, Stuart memaklumkan pihak FAM masih meneliti bagaimana pelaksanaan Pestabola Merdeka, negara yang akan bertanding serta kemungkinan perubahan nama pertandingan.

Bercakap kepada Sinar Harian, Stuart dipetik berkata, “Kita tengah meneliti bagaimana pelaksanaan Pestabola Merdeka, tetapi nama pertandingan mungkin berbeza.”

Untuk pasukan jemputan pula, FAM optimis mampu untuk menarik minat pasukan-pasukan terbaik bagi menyertai kejohanan yang bakal memasuki edisi ke-42 itu dan masih menanti jawapan rasmi daripada pasukan-pasukan tersebut.

“Antara sebab Pestabola Merdeka dianjak ke bulan Mac dan bukannya Januari adalah kerana kita mahu ia berlangsung dalam kalendar FIFA dan ini membolehkan setiap pasukan menghantar pasukan terbaik mereka bagi menghadapi aksi kelas ‘A’,” jelas Stuart.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN