Harimau Malaya Bangkit Untuk Benam Sang Singa

Derbi Seberang Tambak. Anda namakan sahaja gelaran untuk pertemuan di antara dua negara berjiran, Malaysia dan Singapura. Kali ini pentas pertemuan ialah di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Singapura tampil dengan misi wajib menang. Malaysia sebagai tuan rumah mahukan mata maksimum untuk memudahkan laluan ke peringkat seterusnya. Lebih daripada itu maruah kedua-dua buah negara menjadi taruhan.

Skuad Malaysia turun dengan beberapa perubahan. Syafiq Ahmad, Jafri Chew, Syazwan Andik dan juga Mohd Ifwat adalah antara nama yang tiada di dalam kesebelasan utama. Menggantikan mereka, ialah Mohamed Syamer, Kumaahran A/L Sathasivam, Mohamad Amirul dan juga Haziq Nadzli di hadapan gawang.

Singapura tampil dengan kesebelasan utama terbaik yang mereka miliki dan Ikhsan  dan Irfan Fandi Ahmad, anak kepada legenda Kota Singa, Fandi Ahmad terus diberikan kepercayaan oleh Richard Francis selaku kapten pasukan pada malam ini.

Pengadil perlawanan, Vo Ming Tri daripada Vietnam meniupkan wisel permulaan sebagai tanda sepak mula.

Separuh Masa Pertama

Kesungguhan kedua-dua perlawanan sangat jelas dalam perlawanan ini. 5 minit pertama perlawanan menyaksikan kesungguhan kedua-dua pasukan menguasai rentak perlawanan.

Malaysia jelas pasukan yang lebih cepat menyesuaikan diri dengan rentak perlawanan, menyaksikan rembatan Safawi Rashid dari luar kotak penalti tepat ke dakapan penjaga gol Singapura, Zharfan Rohaizad.

Kredit: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Facebook

Minit ke-18, pertahanan Malaysia agak lalai membenarkan larian Hami Syahin ke dalam kotak penalti, namun rembatan pemain tersebut lemah terus menuju ke arah penjaga gol Malaysia.

Sehingga minit ke-30 perlawanan, Malaysia mempunyai beberapa peluang daripada gerakan set pieces, namun tidak membuahkan hasil.

Malaysia terus menguasai perlawanan selepas itu. Minit ke-37 perlawanan, Singapura melenyapkan sorakan penyokong Malaysia di Stadium Shah Alam apabila rembatan Muhammad Amiruldin dari jarak lebih kurang 25 meter, menewaskan penjaga gol Malaysia untuk gol pertama perlawanan.

Kredit: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Facebook

Sepakan lencong Muhammad Hami Syahin dari sepakan percuma di sebelah kanan gawang Malaysia juga hampir memerangkap pasukan negara, namun sedikit tersasar.

Nasib tidak menyebelahi skuad negara selepas percubaan Safawi Rasid dari sepakan percuma sekadar mengegarkan palang gol Singapura, sebelum pengadil meniupkan wisel tanda berakhirnya separuh masa pertama perlawanan.

Separuh Masa Kedua

Malaysia memulakan sepak mula untuk separuh masa kedua. Tidak membuang masa, skuad negara terus menguasai perlawanan melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang Singapura.

Namun begitu penyakit sukar menemui penyudah ketika menentang Brunei seolah-olah berulang di peringkat awal separuh masa kedua ini.

 

Ilyas Lee dilayangkan kad kuning pada minit ke-37 perlawanan selepas mengasari pemain Malaysia.

Kredit: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Facebook

Pada minit ke-68, Malaysia akhirnya mengembalikan kegamatan di Stadium Shah Alam apabila rembatan deras dari luar kotak penalti oleh Nor Azam Azih mengegarkan jaring gol Singapura untuk gol penyamaan.

Malaysia 1-1 Singapura, corak permainan Malaysia semakin agresif mengasaak kubu Singapura. N. Thanabalan akhirnya berjaya menjaringkan gol ke-2 buat skuad negara selepas situasi kelam kabut di hadapan gawang gol Singapura pada minit ke-74 perlawanan.

Gawang Malaysia sedikit cemas apabila Muhammad Amiruldin memperolehi peluang hasil dari sepakan penjuru, namun rembatan Amiruldin terus ke dakapan Haziq Nadzli.

Menuju wisel penamat dua pemain Singapura, Rusyaidi Salime dan juga Syahrul Sazali dilayangkan kad kuning kerana mengasari lawan.

Akhirnya wisel penamat ditiupkan dan Malaysia menewaskan Singapura dengan jaringan 2-1

Kesebelasan Utama

Malaysia: Haziq Nadzli (Penjaga Gol), Matthew Davies, Muhammad Adib, Syahmi Safari (N. Thanabalan), Safawi Rasid (Muhamad Akhyar) Amirul Hisyam (Nor Azam Azih), Adam Nor Azlin, S. Kumaahran, Ariff Farhan, Mohamed Syamer, Muhammad Irfan.

Singapura: Zharfan Rohaizad (Penjaga Gol), Syahrul Sazali, Amirul Adli (Taufik Suparno), Illyas Lee, Muhaimin Suhaimi (Adam Swandi), Ikhsan Fandi, Hami Syahin, Irfan Fandi, Muhammad Amiruldin , Muhamad Rusyaidi, Muhammad Muhelmy(Joshua Bernanrd)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN