16 Ogos, Ulangtahun Debut Cristiano Ronaldo Untuk Manchester United

Pada hari ini 16 Ogos, tahun 2003, 14 tahun yang lalu, bintang muda berimej ala kumpulan N’Sync dengan rambut sedikit diwarnakan perang, Cristiano Ronaldo telah melakukan debut untuk Manchester United.

Beliau diberikan sorakan gemuruh kerana beliau adalah pemain muda berbakat besar. Harga beliau ketika itu adalah £12.8 juta. Satu angka yang besar untuk seorang pemain berusia 18 tahun ketika itu.

Ronaldo masuk sebagai pemain gantian, menggantikan Nicky Butt dalam perlawanan menentang Bolton Wanderers. Lebih menarik lagi, Ronaldo boleh dikatakan tidak sempat lagi menjalani latihan penuh dengan pasukan Manchester United.

Ini kerana urusan perpindahan beliau diselesaikan agak lewat daripada yang dirancang oleh Sir Alex Ferguson. Bukan mudah untuk mendapatkan pemain remaja. Kerana pelbagai prosedur perlu dilalui termasuk keluarga beliau.

Terujanya Sir Alex Ferguson dengan pemain ini, sehinggakan beliau sendiri jadi tergesa-gesa untuk menggunakan pemain ini dalam perlawanan menentang Bolton.

Biasanya Sir Alex lebih tenang untuk memberikan debut kepada pemain baru dalam pasukan. Namun bukan untuk Ronaldo. Malah, Ronaldo sendiri terkejut diberikan nombor skuad nombor 7 oleh Sir Alex sendiri.

Sir Alex berkata selepas perlawanan itu:

“Saya merasakan pasukan kami bermain sangat perlahan pada separuh masa pertama dan saya tahu Ronaldo akan meningkatkan intensiti itu dan memperbaiki penetrasi kami di kawasan serangan selepas beliau masuk.”

Ketika masuk ke dalam padang, United mendahului pasukan lawan dengan kedudukan 1-0. Beliau menjadi pemain Portugal pertama yang bermain untuk The Red Devils.

Bek keras Bolton, Nicky Hunt menyatakan beliau pada awalnya menyangkakan yang beliau sudah boleh bermain lebih tenang dengan kemasukan pemain remaja ‘mentah’ Ronaldo di dalam padang.

Ianya ternyata silap. Walaupun Hunt pada awalnya berjaya dalam pertarungan dengan Ronlado, selepas itu Hunt mengalami antara hari bola sepak yang paling sibuk dan paling sukar dalam karier beliau.

Hunt melihat anak muda yang memiliki larian dengan bola melekat di kaki serta ‘step-over’ yang sangat pantas.

Ronaldo membuli pertahanan lawan dengan gerakan pantas. Beliau hampir melakukan ‘assist’ kepada Scholes tetapi terjatuh.

Tidak lama kemudian, Ronaldo memenangi penalti untuk pasukan beliau. Banyak aksi menarik termasuk melepasi 5 pemain Bolton dengan kepantasan dan skil beliau. 2 pemain dilayangkan kad kuning kerana membentes Ronaldo iaitu Campo dan Ricardo Gardner.

Kemasukan Ronaldo telah banyak membantu United mengubah tempo perlawanan dan mereka menang 4-0.

Lalu pengulas perlawanan memuji kehebatan luar biasa pemain 18 tahun yang tidak sempat berlatih penuh dengan pasukan tetapi sudah seperti 10 tahun bermain dalam EPL.

Ronaldo menjadi bualan seluruh media di England. Sam Allardyce yang ketika itu menguruskan pasukan legenda Bolton juga memuji aksi Ronaldo. Big Sam menyifatkan Ronaldo sebagai pemain pada kelas berbeza.

Sir Alex Ferguson dengan bangga menyatakan:

“Rasanya, penyokong kami sudah ada hero baru. Aksi beliau sangat memukau dan sukar untuk dipercayai. Namun harus diingat, beliau baru berusia 18 tahun.”

Itulah perlawanan dan tarikh yang menjadi titik tolak kehebatan legenda hidup ini. Beliau kemudian bukan sahaja menjadi sensasi di Manchester United malah menawan dunia dengan 4 Ballon D’Or di rumahnya dan pelabagai anugerah individu lain.

Ini adalah kejayaan beliau selepas debut gemilang itu:

Manchester United:

Premier League: 2006–07, 2007–08, 2008–09
FA Cup: 2003–04
Football League Cup: 2005–06, 2008–09
FA Community Shield: 2007
UEFA Champions League: 2007–08
FIFA Club World Cup: 2008

Real Madrid:

La Liga: 2011–12, 2016–17
Copa del Rey: 2010–11, 2013–14
Supercopa de España: 2012
UEFA Champions League: 2013–14, 2015–16, 2016–17
UEFA Super Cup: 2014, 2017
FIFA Club World Cup: 2014, 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN