Harimau Malaya Ada Kelebihan Tersendiri Untuk Cuba Atasi Oman

Skuad Harimau Malaya dilihat memiliki peluang atau kelebihan tersendiri untuk aksi ketiga Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 bagi berdepan cabaran Oman.

Terdahulu, skuad kebangsaan berjaya meraih dua kemenangan penting ketika bertemu Kyrgyzstan serta Taiwan untuk memimpin Kumpulan D menerusi enam mata penuh.

Kejayaan Malaysia itu jelas memberi harapan besar buat para penyokong setia Harimau Malaya yang mahu melihat pasukan kesayangan mereka untuk mara lebih jauh.

Malah, skuad kebangsaan juga berpeluang untuk cuba meraih slot ke saingan Piala Asia edisi 2027 jika mampu melangkah ke pusingan seterusnya.

Walaupun atas kertas kelebihan berpihak kepada Oman daripada segi kedudukan ranking serta pengalaman di pentas antarabangsa, Malaysia sebenarnya dianggap masih lagi memiliki kelebihan untuk mencipta kejutan.

Ini kerana Oman baharu saja mendapatkan jurulatih baharu mereka iaitu Jaroslav Silhavy dan pengendali tersebut dianggap tidak memiliki banyak masa untuk membuat perubahan baharu.

Ianya diakui sendiri oleh pemerhati bola sepak negara iaitu Datuk Dr Pekan Ramli yang menyifatkan ia sebagai suatu peluang terbaik buat Malaysia mencipta kejutan berdepan Oman.

“Ini kesempatan terbaik untuk kita (Harimau Malaya) walaupun Oman ada faktor jurulatih dari Eropah yang boleh bagi semangat baru kepada pemain mereka.

“Tapi tempoh yang singkat untuk membentuk pasukan menjadi kekurangan kepada Oman dan kelebihan kepada Malaysia.

“Kesempatan ini kita perlu gunakan sebaik mungkin. Cuma kita tidak boleh terlalu yakin dalam menentang Oman nanti.

“Saya harap pemain membawa semangat ketika kita berhadapan Korea Selatan (di Piala Asia 2023) itu dan bawa momentum itu ke dalam perlawanan menentang Oman nanti,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Pekan juga turut mengingatkan kepada kem kebangsaan supaya tampil berwaspada akan ancaman mampu dibawa oleh Oman biarpun prestasi lawan tidak konsisten pada saingan Piala Asia 2023 lalu.

Ini kerana Oman bakal mendapat sentuhan daripada jurulatih yang bukan calang-calang dari Eropah dan pernah terbukti membawa kejayaan menerusi rekod-rekod lalu.

Untuk saingan akan datang, Malaysia terlebih dahulu akan bergerak ke Muscat, Oman sebagai status pasukan pelawat pada 22 Mac ini sebelum kedua negara itu sekali lagi bertembung empat hari kemudian di tanah air.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN