- Skuad kebangaan kembali menggunakan nama Harimau Malaya.
Hasil dari sumber Facebook FAM sendiri, Presiden FAM iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) menitahkan agar nama Harimau Malaysia ditukar semula kepada nama lama iaitu Harimau Malaya.
Menurut Setiausaa Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pertukaran itu dilakukan selepas TMJ menerima banyak permintaan dari peminat bola sepak negara yang mahukan nama itu digunakan semula.
Ia juga kerana nama Harimau Malaya telah sebati dengan sebati dengan sejarah bola sepak negara.
Ketika penggunaan nama Harimau Malaya, pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh skuad negara seperti gelaran Sukan SEA dan juga Piala AFF.
Selain itu, Datuk Hamidin juga telah mengesahkan yang laman Facebook Harimau Malaysia akan ditutup secara serta merta.
Laporan untuk skuad kebangsaan akan dikemaskini sendiri oleh pihak FAM menerusi laman sosial FAM sendiri.
Keputusan ini nyata merupakan keputusan yang popular dalam kalangan peminat bola sepak negara yang majoriti menentang nama Harima Malaysia.
Selamanya, Harimau Malaya!
Baca juga: 20 Staf FAM Diberhentikan Kerja Serta Merta