Statistik Opta: Semalam Genap 100 Hari Manchester United Berada Di Tangga Ke-6

Manchester United berada di tangga ke-6 EPL sejak 100 hari yang lalu. Ianya tangga paling bawah yang mereka pernah huni sehingga 100 hari dalam sejarah kelab mereka.

Manchester United telah berada di tangga ke-6 selama 4 bulan.

Pada 2011/2012, mereka ada rekod yang lebih panjang. Namun ketika itu mereka lepak di puncak liga selama 199 hari sehinggalah terpaksa menyerahkan tahta liga kepada Manchester City pada hari terakhir.

Ianya selepas jaringan kemenangan Sergio Aguero pada saat-saat terakhir.

Rekod paling lama Manchester United duduk di satu kedudukan adalah pada musim 1993/94.

Mereka berada di tangga teratas selama 259 hari dan menjuarai liga dengan jarak 8 mata daripada Blackburn.

2 lagi musim yang mereka berada di tangga teratas lebih 200 hari adalah pada musim 2000/01 dan 2006/07. Kedua-dua musim tersebut mereka adalah juara.

Musim ini, Manchester United telah parkir di tangga ke-6 sejak 4 Disember yang lalu. Mereka kekal di situ walaupun menang, kalah dan seri.

Mereka juga menjadi kelab paling lama menghuni satu kedudukan berbanding dengan kelab lain duduk di sesuatu kedudukan pada musim ini.

Sebenarnya, Manchester United telah menjadi salah satu pasukan yang paling konsisten dalam 3 bulan kebelakangan ini.

Mereka masih tidak kalah dalam EPL sejak Oktober 2016. Ia bersamaan dengan 17 perlawanan tanpa kalah sejak kekalahan terakhir mereka di tangan Chelsea sehingga ke hari ini.

Namun begitu, Manchester United hanya berada 1 mata di belakang Arsenal di tangga ke-5. Hujung minggu ini Everton yang berada hanya 2 mata di belakang mereka akan bermain pada Sabtu.

Ia mungkin akan menamatkan perjalanan lebih 100 hari mereka di tangga ke-6.

United akan beraksi pada Ahad dan ada peluang untuk memintas Arsenal jika pasukan Arsene Wenger keciciran mata dan United menang.

Baca juga: Video: Jauhnya Jordi Alba Berlari Demi Menghalang Gol Ke-3 Deportivo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN