Riquelme: “Sergio Ramos Tak Akan Jaring Banyak Gol Di Amerika Selatan”

Lagenda Argentina, Juan Roman Riquelme memberikan jaminan yang Sergio Ramos tak akan berjaya menjaringkan banyak gol dari situasi bola mati jika bermain di Amerika Selatan.

Lemah

Bagi Riquelme, beliau memberikan alasan pertahanan yang lemah yang menjadi punca mengapa Ramos menjadi sungguh tajam dihadapan gol.

Katanya lagi, ia bukanlah kerana Ramos seorang penanduk yang tajam dihadapan gol. Akan tetapi kerana kelemahan pertahanan dalam mengawal pergerakan beliau dengan memberikan terlalu banyak ruang kepada Ramos untuk menjaringkan gol.

“Bagi saya, pertahanan yang terlalu lemah. Bukan Ramos yang hebat menjaringkan gol.”

Menurut bekas bintang Barcelona itu juga, beliau merasakan Ramos tak akan menjadi begitu tajam dihadapan gol seperti di Eropah jika beliau bermain di Amerika Selatan.

“Saya nampak Ramos tidak akan berjaya di Amerika Selatan. Hal ini kerana di sini cara pertahanan melakukan kawalan agak berbeza dengan di Eropah.”

“Di Amerika Selatan, pertahanan akan pastikan pemain lawan tak akan pergi jauh dari kawalan mereka.”

Sandaran pasukan

Dalam masa yang sama, Riquelme juga berkata yang pasukan seperti Barcelona dengan Real Madrid masing-masing ada sandaran mereka yang tersendiri ketika beraksi.

“Kita lihat Barcelona, mereka ada pasukan yang kuat dan cukup baik.”

“Namun apa yang saya boleh cakap, walaupun mereka pasukan yang mantap mereka tetap jadikan Lionel Messi sebagai sandaran.”

“Ia juga dilihat dengan Real Madrid, mereka menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai sandaran mereka.”

Baca juga: Ini Sebab Conte Mengamuk Dekat Mourinho, Bukan Kerana Hazard Atau Alonso

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN