Malam ini satu lagi perlawanan tumpuan dalam saingan kelima Liga Super musim 2022 dimana Penang sedia menanti cabaran Kedah Darul Aman dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Kedah yang sebelum itu merekodkan kekalahan pertama mereka musim ini ketika menentang Selangor pastinya akan tampil untuk kembali merebut tiga mata agar dapat kembali memperbaiki kedudukan carta liga.
DAPATKAN TIKET AKSI NORTHERN DERBY!
⚔LS5 PENANG FC vs KDA FC
17.4.2022 Ahad 10.00 malam
Stadium Bandaraya, Pulau PinangDapatkan tiket di https://t.co/wTcsHWnxK9. pic.twitter.com/WQ84J1qltO
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 16, 2022
Sementara Penang pastinya melihat ini sebagai peluang mereka untuk merebut tiga mata setelah melihat aksi yang serba tidak menjadi dipamerkan oleh Kedah. Tambahan lagi, mereka bakal beraksi di laman sendiri yang menjadi sumber kekuatan utama pasukan kendalian Thomas Trucha untuk mendapat sorakan gemuruh para penyokong.
Penang pada awal musim ini tampil dengan aksi yang sedikit kurang memberansangkan apabila hanya mampu mencatat tiga keputusan seri selain merekodkan satu kekalahan daripada empat perlawanan liga yang diharungi.
Pastinya aksi malam ini menjadi satu lagi perlawanan yang getir buat Penang untuk merebut tiga mata pertama mereka dan kehilangan mata pastinya menjadikan skuad tersebut terus berada di kelompok bawahan carta liga.
39' GOL | Penang FC menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Hilal El-Helwe!@Penang_FC 1-1 @nsfc1923 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/UV10GOZ5ej
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 9, 2022
Menurut Sam Pakiaraj selaku Jurulatih Kecergasan Penang menyifatkan beraksi di gelanggang sendiri bakal menjadi kelebihan buat mereka untuk dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menewaskan Kedah.
“Kami sedar KDA FC datang dengan semangat berkobar-kobar selepas kekalahan dengan margin besar 1-4 kepada Selangor FC minggu lalu.
“Tetapi harapan kami untuk menang amat tinggi dengan semua pemain menunjukkan kesungguhan begitu baik,” katanya ketika dihubungi oleh Arena Metro.
Dalam masa sama, beliau turut memuji sikap para pemain Penang yang dilihat sanggup mengambil inisiatif tersendiri bagi membuat latihan tambahan termasuk membuat latihan sejam sebelum berbuka puasa untuk meningkatkan kecergasan selain memantapkan prestasi fizikal selain berdisiplin hadir dalam sesi latihan pada sebelah malam.
Tambah beliau lagi, bulan Ramadhan ini bukanlah satu cabaran besar buat para pemain Penang dan termasuklah para pemain kelab lain walaupun mengalami perubahan dari segi corak pemakanan dan waktu tidur.
“Program latihan menjelang perlawanan diubah suai serta lebih tertumpu kepada mengelakkan kecederaan dan mempersiapkan otot pemain sebelum bertemu lawan.
“Secara keseluruhan tahap kecergasan skuad Harimau Kumbang berada pada skala tujuh hingga lapan memandangkan beberapa pemain pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini.
“Begitupun kami optimis dengan semua pemain menunjukkan semangat juang tinggi dalam misi mengutip tiga mata penuh esok,” katanya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!