“Harap Aura Aksi Laman Sendiri Mampu Suntik Semangat Mintah” – Jurulatih Terengganu II

Jordan Mintah selaku penyerang utama Terengganu II yang beraksi Liga Premier bakal menjadi pemain penting buat pasukan dalam merobek gawang lawan apabila bakal melayani kunjungan UiTM FC malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Jelas Badrul Afzan Razali selaku pengendali utama Terengganu II, beliau amat berharap dengan sentuhan berbisa penyerang import itu mampu untuk memberi impak positif buat pasukan dalam memburu kemenangan pertama malam ini.

Pemain kelahiran Ghana itu mula mencipta sensasi pada musim lalu apabila beliau muncul selaku penjaring terbanyak bersama penyerang utama Johor Darul Takzim II (JDT II), Fernando Rodriguez setelah masing-masing berjaya merekodkan 16 gol dalam saingan Liga Premier.

“Sudah pasti pemenang anugerah Kasut Emas musim lalu itu bakal dikawal ketat pemain lawan daripada bergerak bebas untuk mencipta jaringan.

“Namun kita harapkan aura beraksi di laman sendiri mampu menyuntik semangat Mintah dan rakan sepasukannya untuk memburu kemenangan pada aksi pertama itu.

“Kita juga ingatkan pemain agar tidak mengambil mudah pertemuan itu kerana lawan hadir sebagai bekas pasukan Liga Super musim lalu yang sudah pasti mempunyai corak permainan berintensiti tinggi,” katanya menerusi Berita Harian.

Dalam masa sama ketika diminta mengulas mengenai status dua pemain yang digantung, pengendali tersebut akui sedikit terjejas dengan persiapan tanpa dua pemain tersebut iaitu Mohammad Ridzuan Razali Mohd Razali dan Muhammad Aqil Irfanuddin Mohd Sabri yang sebelum itu terbabit dengan insiden pergaduhan ketika pertemuan dengan skuad Liga Super, Penang pada Kejohanan Empat Penjuru Piala Menteri Besar Terengganu bulan lalu.

“Bagaimanapun saya mempunyai pemain muda yang mampu menggalas tugas yang ditinggalkan dua pemain berkenaan ditambah kehadiran dua pemain import, Argzim Redzovic yang diberi peranan sebagai kapten dan Mintah,” katanya.

Dalam aksi yang bakal berlangsung malam ini, jurulatih kelahiran Kemaman itu juga bakal beraksi tanpa dua lagi pemain import iaitu pertahanan, Luke Woodland yang dilanda kecederaan serta Petrus Shitembi yang berasal dari Namibia masih belum bersama pasukan. Beliau juga dijangka bakal menggunakan khidmat penjag gol, Mohammad Shafawi Mohd yang cemerlang sepanjang sesi latihan dan aksi pramusim.

Skuad ‘feeder’ Terengganu ini berjaya menamatkan kedudukan Liga Premier musim lalu di tangga ketiga dan sasaran mereka pada musim ini mahu memburu kedudukan lebih baik berbanding musim sebelumnya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN