Hanya Sokongan Padu Tidak Akan Memberi Kesan, Kecuali Penyokong Turun Dan Main Bersama

Korrakot

Selepas ketua jurulatih Thailand, Milovan Rajevac menegaskan bahawa pasukannya tidak gentar berdepan gelombang penyokong Malaysia di Stadium Bukit Jalil, kali ini pertahanan mereka pula, Korrakot Wiriyaudomsiri turut tampil menyuarakan perkara yang sama.

Menjelang pertembungan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018, Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar lagi, Karrokot telah menaik satu posting di Instagram miliknya (korrakot_11) yang bertulis; “Adakah penyokong Malaysia akan memberi kesan kepada kamu ? tidak sama sekali.”

Ternyata, apa yang dikatakan pertahanan Thailand itu memberi gambaran bahawa sorakan padu dari puluhan ribu penyokong Malaysia nanti tidak akan memberikan kesan kepada corak permainan mereka dalam perlawanan tersebut.

Sebaliknya, beliau berkata dengan nada gurauan, corak permainan pasukan Thailand akan terganggu jika penyokong Malaysia turun ke padang dan bermain bersama.

“Tetapi jika penyokong Malaysia turun ke padang untuk bermain bersama, mungkin ia akan menganggu kami kerana kami tidak akan dapat mengawal bola.”

Korrakot merupakan pemain berpengalaman yang masih diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Milovan untuk mengetuai barisan pertahanan Thailand sepanjang kejohanan berlangsung.

Pengalamannya yang pernah beraksi di Stadium Bukit Jalil serta membantu Thailand menjuarai kejohanan AFF bagi edisi 2014 dan 2016 amatlah ditagih oleh pasukan untuk berdepan Malaysia pada malam ini.

Atas kertas, Thailand memiliki reputasi yang cukup tinggi di pentas Piala AFF, bersandarkan rekod ampuh memegang status juara sebanyak lima kali iaitu bagi edisi 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016.

Thailand turut cemerlang apabila muncul naib juara Piala AFF Suzuki seba­nyak tiga kali iaitu pada kempen 2007, 2008 dan 2012.

Kali terakhir pertemuan kedua-dua pasukan menyaksikan Malaysia terpaksa akur kepada Thailand apabila dinafikan hajat merangkul kejuaraan selepas tewas dengan agregat 3-4 dalam perlawanan akhir empat tahun lalu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN