Hanya Sekadar Cerita Di Media Sosial, MFL Sahkan Tak Terima Aduan Masalah Gaji

Rakyat United

Malaysian Football League (MFL) mengesahkan tiada sebarang laporan rasmi diterima mengenai masalah tunggakan gaji yang melibatkan beberapa pasukan yang dikaitkan sebelum ini.

Walaupun angin bertiup kencang sebelum ini dengan beberapa pasukan yang terpalit dengan isu tunggakan gaji, Stuart Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif MFL berkata isu tersebut hanya berlegar di media sosial sahaja.

Namun sehingga kini tiada sebarang laporan rasmi diterima oleh pengurusan liga itu.

Jelas beliau, MFL amat komited berkenaan isu tunggakan gaji dan bersama Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) saling berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berkenaan yang melanda pasukan Liga-M.

Tambah beliau lagi, pasukan seperti Sarawak United dan Perak yang sebelum ini dipalit isu tunggakan gaji juga sudah hampir selesai apabila pengurusan kelab saling mengadakan perbincangan bersama pemain bagi mendapatkan kata sepakat mengenai pembayaran hutang.

“Seperti sedia maklum, kelewatan pembayaran gaji mungkin disebabkan pertukaran kerajaan sekali gus berhadapan beberapa masalah tertentu.”

“Saya akan pastikan semua hak pemain dijaga dan pada masa bekerjasama dengan PFAM untuk memantau situasi berkenaan,” kata Stuart.

Sebelum itu, beberapa pasukan seperti Sarawak United dan Perak dipalit isu gaji yang agak teruk sehingga melebihi tiga bulan tunggakan.

Kesannya, beberapa pemain mereka berpindah ke pasukan lain.

Namun setelah rundingan dibuat, Sarawak United berjaya menyelesaikan masalah ini dengan mengambil langkah drastik membayar tunggakan yang mencecah RM2 juta kepada para pemain.

Pasukan Perak juga bakal mendapat khabar positif kembali apabila pemilik baharu mereka, IMPACT Media & Communication Sdn Bhd (IMC) akan membuat pembayaran gaji pemain yang tertunggak dalam masa 10 hari.

Akhir kata, Stuart ‘tabik’ kepada pasukan Liga-M yang dilihat amat bertungkus lumus untuk menyelesaikan masalah gaji pemain walaupun kelab menghadapi kekangan dana berikutan pandemic Covid-19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN