Tuchel Selar Tindakan Lukaku Yang Semakin Memburukkan Keadaan

Thomas Tuchel

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel berkata yang beliau bimbang mengenai temu bual Romelu Lukaku sebelum ini yang mungkin menjejaskan kestabilan pasukan musim ini serta akan dakwaan pemain tersebut yang tidak gembira di kelab itu.

Dalam bicara beliau bersama Sky Sport Italia yang dirakamkan tiga minggu lalu tetapi dikeluarkan pada Khamis baru-baru ini, Lukaku menyatakan beliau tidak begitu gembira kerana Tuchel telah memilih untuk bermain dengan sistem permainan yang berlainan.

Penyerang berusia 28 tahun tersebut menyertai Chelsea daripada pasukan Inter Milan dengan kontrak bernilai £97.5 juta pada musim panas lalu dan berhasrat untuk kembali bermain di Serie A jika mempunyai peluang nanti.

Lukaku Tidak Begitu Gembira Di Chelsea, Beri Bayangan Akan Kembali Ke Itali

Walaupun Lukaku telah meledak tiga gol dalam empat aksi terakhir beliau setakat ini, pemain tersebut nyata tidak begitu berpuas hati mengenai prestasi tidak menentu pasukan yang dikendalikan Tuchel.

Chelsea kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Manchester City yang mempamerkan corak permainan yang sangat konsisten pada setiap perlawanan. Chelsea juga bakal mengharungi satu lagi perlawanan getir di laman sendiri apabila bakal melayan kunjungan Liverpool di Stamford Bridge pagi isnin nanti.

Tuchel yang menjelaskan situasi pada sidang media mengenai komen Lukaku berkata,”Sudah tentu saya tidak menyukainya, kerana percakapan Lukaku membawa bunyi yang tidak diperlukan atau membantu situasi semasa pasukan.”

Untuk masa akan datang, Tuchel akan bertemu sendiri bersama Lukaku untuk memahami gambaran lebih jelas apa yang diperkatakan pemain ini agar tidak berlarutan dan mengganggu keharmonian pasukan.

“Saya tidak rasa sesiapa yang menyedari akan ketidakpuasan hati Lukaku setakat ini dan itulah yang membuat saya terkejut dengan kenyataan beliau baru ini. Pertama sekali saya tidak boleh meneka mengapa ia harus jadi seperti ini. Itu sahaja yang dapat diperkatakan saya. Apapun saya akan tunggu dan mendengar apa yang Romelu ingin sampaikan sendiri nanti.”

Sementara itu Tuchel sendiri menganggap saingan liga seolah sudah berakhir buat pasukan kendaliannya apabila Ben Chilwell yang menjalani pembedahan lutut untuk memulihkan kecederaan beliau selain Reece James menjadi pemain terbaru yang mengalami kecederaan dan akan diimbas untuk menentukan tahap masalah ototnya.

Chelsea juga mempunyai masalah kecergasan dalam kalangan pemain termasuk Thiago Silva, Andreas Christensen, Timo Werner, dan Ruben Loftus-Cheek. Selain itu, masalah Covid-19 juga melanda kem berkenaan yang secara tak langsung terus menjejaskan rentak perjalanan liga buat pasukan tersebut musim ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN