‘Hanya Kerana Kebab’- Pempengaruh Terkenal Bakal Disaman Mbappe?

Nama Kylian Mbappe boleh dianggap sangat besar dan begitu berpengaruh kini terutama sekali dalam dunia bola sepak profesional walaupun penyerang tersebut masih lagi sangat muda.

Apa tidaknya, pada usia 25 tahun pemain Paris Saint-Germain itu sudah pun meraih pelbagai kejuaraan individu serta kelab selain memperoleh gelaran juara Piala Dunia 2018 bersama Perancis.

Tampil begitu terkenal, maka tidak hairan mengapa beliau sering disebut sehingga ada restoran yang menggunakan nama Mbappe untuk menu masakan sebagai salah satu cara menarik minat ramai.

Pempengaruh terkenal di Perancis yang juga merupakan pemilik sebuah restoran kebab, Mohammed Henni telah pun menggunakan nama Mbappe dalam salah satu menu beliau sebelum ini.

Menu berasaskan roti kebab yang dibuat bentuk bulat menerusi bentuk tengkorak Mbappe itu telah pun dijual oleh restoran beliau sebelum satu perkara tidak diingini berlaku.

Menerusi perkongsian ESPN, Mbappe telah pun menggunakan wakil beliau untuk menghantar surat saman supaya nama beliau tidak digunakan dalam menu masakan restoran milik Henni.

Surat tersebut dihantar sendiri melalui wakil firma yang menguruskan isu Mbappe iaitu Delphine Verheyden dan mereka menguruskan hak komersial bintang bola sepak berkenaan.

Surat tersebut juga dimuat naik sendiri oleh Henni menerusi media sosial sebagai bukti pemain itu ingin menyaman beliau kerana menggunakan namanya menerusi menu masakan kebab.

Dalam surat tersebut juga meminta supaya menu yang menggunakan nama Mbappe tersebut dikeluarkan segera dalam tempoh lapan hari atau beliau bakal dibawa lebih lanjut ke mahkamah untuk perbicaraan undang-undang.

“Anda tidak rasa malukah? Anda tidak ada perkara lain untuk dibuat? Menyaman saya untuk suatu perkara yang dianggap sangat sia-sia? Ia sangat hebat dan sangat sukar untuk dipercayai,” luah Henni kepada pengikutnya.

Selain Mbappe, pemilik restoran itu turut menggunakan nama pemain bintang terkenal iaitu Dimitri Payet dalam salah satu hidangan beliau.

Namun tiada tindakan undang-undang diambil oleh peledak gol berbisa yang pernah beraksi dalam saingan English Premier League di England bersama West Ham United.

Ketika ini, bekas peledak gol berbisa Perancis itu beraksi dalam saingan liga di Brazil bersama Vasco da Gama dan sudah pun meledak beberapa jaringan sepanjang diberi peluang beraksi.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN