JDT Mohon Pengecualian Buat 2 Pertahanan Kental Negara Atas Faktor Kecederaan

Malaysia nampaknya tidak dapat menggunakan dua khidmat pertahanan kental mereka bagi menghadapi siri Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 berdepan Oman atas faktor kecederaan.

Dua pemain tersebut merupakan Matthew Davies serta Junior Eldstal yang dilaporkan mengalami kecederaan dan terpaksa diberi pengecualian selepas aksi persahabatan berlangsung pada 14 Mac lalu.

Ia diumumkan sendiri melalui media rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan menyatakan kedua pemain itu tidak melapor diri dan menerima satu surat rasmi daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) JDT untuk pemakluman tersebut.

“Hanya baki lapan pemain iaitu tujuh pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Dion Cools dari Buriram United telah melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada Jumaat, 15 Mac 2024.

“Sementara dua pemain, Matthew Davies dan Junior Eldstal tidak melapor diri selepas JDT menerusi satu surat rasmi memaklumkan bahawa kedua-dua mereka telah mengalami kecederaan semasa perlawanan latihan pada 14 Mac 2024.

“Justeru JDT memohon pengecualian buat kedua-dua pemain berkenaan untuk melapor diri bersama skuad kebangsaan dan akan menjalani rawatan pemulihan selanjutnya bersama kelab. Laporan kecederaan dilampirkan dalam surat tersebut.

“Dengan ketiadaan Matthew dan Junior, skuad Harimau Malaya kini mempunyai 31 pemain dalam kem latihan,” jelas kenyataan tersebut di media sosial FAM.

Selain itu, seramai tujuh pemain Malaysia lain dilepaskan untuk bersama skuad bawah 23 (B-23) yang turut akan memulakan kem latihan bawah seliaan Juan Torres Garrido.

Kim Pan-gon juga akan membawa 24 pemain sahaja untuk aksi berdepan Oman pada 21 Mac ini di Muscat dalam usaha untuk cuba mengekalkan momentum positif di peringkat Kumpulan D.

“Daripada 31 pemain tersebut, seramai tujuh pemain telah dilepaskan ke skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido yang akan memulakan kem latihan pusat mereka pada Ahad, 17 Mac 2024 bagi persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar, bulan depan.

“Sementara hanya seramai 24 pemain yang akan dibawa ke Muscat, Oman pada Ahad, 17 Mac 2024 bagi menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex pada Khamis, 21 Mac 2024, jam 10.00 malam (2.00 pagi Jumaat, waktu Malaysia),” kata kenyataan iti lagi.

Tanpa kelibat Davies dan Eldstal ia boleh dianggap sebagai bukan suatu masalah besar kerana Malaysia masih memiliki set pemain berkemampuan besar menggantikan kekosongan tersebut.

Daniel Ting boleh dianggap sebagai calon paling sesuai bagi menggantikan kekosongan itu untuk aksi berdepan Oman menerusi kualiti dimiliki beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN