Gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyatakan hasrat musim hadapan mereka tidak akan berbelanja besar dan merekrut ramai pemain tempatan seperti musim seperti sebelum ini.
Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, untuk musim 2023, antara perubahan adalah beberapa pemain senior akan dilepaskan ke pasukan lain secara pinjaman bagi untuk memastikan mereka terus mendapat minit permainan dan hanya akan menandatangani seorang pemain tempatan sahaja.
“Perubahan yang akan dilakukan adalah pinjamkan pemain kepada pasukan lain dan akan menandatangi seorang pemain tempatan.
“Jadi perubahan yang akan dilakukan oleh JDT untuk musim 2023 adalah naikkan beberapa pemain dari JDT II ke skuad senior,” ujarnya.
Antaranya Daryl Sham, Feroz Baharudin dan beberapa pemain lain yang akan diberi peluang untuk bersama pasukan utama dan peluang untuk mengangkat piala lebih terjamin.
Kenyataan TMJ berkenaan hanya seorang pemain tempatan akan dibawa masuk dan ia berkemungkinan besar adalah penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi.
Spekulasi ini semakin bertiup kencang di media sosial sebaik sahaja Negeri Sembilan menamatkan saingan Piala Malaysia dan tersebar beberapa pemain tidak akan sambung kontrak bersama pasukan ini.
Dengan aksi begitu cemerlang bersama Negeri Sembilan dan Harimau Malaya ditambah pula Farizal Marlias semakin berusia, Syihan adalah calon terbaik untuk JDT bagi mengawal benteng terakhir Harimau Selatan.
Namun baru-baru ini kecoh apabila secara berseloroh TMJ menjawab soalan wartawan berkenaan perpindahan Syihan ke JDT namun jika lihat reaksi TMJ dihujung video, senyuman itu seperti mengiyakan sahaja.
Setiap pemain tempatan sudah pasti ingin ke JDT kerana mereka tidak perlu risau untuk memikirkan piala dan cuma sediakan sebuah kabinet khas untuk letak segala pingat kemenangan serta bersedia untuk bermain bunga api di hujung musim.
Selain faktor di atas, gaji dan kecekapan pengurusan juga menjadi terlalu sukar untuk seseorang pemain itu menolak tawaran JDT, ditambah pula tempat latihan yang terbaik di ASEAN disediakan mereka.
Apakah Syihan yang dimakudkan oleh TMJ atau akan pemain bintang yang lain? Yang pasti, pemain tersebut semestinya seorang pemain terkenal dan mempunyai reputasi hebat di Malaysia.