“Hanya 5 Pemain Lapor Diri” – Terdapat Kemungkinan Kelab Tidak Lepaskan Pemain Untuk Sukan SEA

Hanya lima pemain telah melaporkan diri untuk latihan psuat Sukan SEA Hanoi, daripada senarai 31 pemain yang telah disenaraikan sebelum ini oleh ketua jurulatih Brad Maloney.

Lima pemain yang sudah melaporkan diri dan memulakan latihan semalam adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, Muhammad Faiz Amer Runnizar, Muhammad Shafi Azswad Sapari dan Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Dua lagi pemain yang berpengkalan di luar negara, iaitu Luqman Hakim Shamsuddin (KV Kortrijk) dan Hadi Fayyadh ( Azul Claro Numazu) pula dijangka akan melaporkan diri pada penghujung April.

Ini bermakna 24 pemain lain pula masih mempunyai komitmen dengan pasukan masing-masing di dalam saingan Liga Malaysia.

Bukan jendela FIFA

Berdasarkan perkembangan terkini berkenaan jumlah pemain yang telah melaporkan diri, terdapat kerisauan Brad Maloney sukar mendapat kerjasama penuh daripada kelab terbabit untuk melepaskan pemain untuk temasya Sukan SEA yang berlangsung di Hanoi pada Mei hadapan.

“Terdapat kemunkingan (pemain tidak dilepaskan kelab). Pada masa ini kami sedang berbincang dengan kelab, jadi saya percaya pemain akan melapor diri,” jelas Brad Maloney kepada media seperti yang dilaporkan Bernama pada hari ini.

“Tetapi ia mengenai bila [pelepasan oleh kelab] mereka [pemain] akan melaporkan diri [kem latihan pusat].”

Walaupun sukar untuk mendapatkan pemain yang dikehendaki buat masa ini, Brad Maloney tetap optimis pemain-pemain akan datang secara berperingkat mulai hujung minggu ini.

“Ada beberapa pemain tidak dapat melaporkan diri lagi hari ini, di mana pasukan mereka meminta untuk menyelesaikan perlawanan liga hujung minggu ini.

“Kita akan teruskan latihan dengan pemain yang sudah tiba [melapor diri]. Saya percaya kita akan ada skuad penuh hujung minggu ini,” katanya kepada wartawan Arena Metro pula.

Tiada kerisauan

Walaupun perancangan untuk memanggil pemain lebih awal untuk persiapan mulai dilakukan, jurulatih dari Australia itu bagaimana pun tidak risau dengan keadaan kecergasan pemain yang disifatkannya berada di tahap terbaik.

“Masih terlalu awal untuk kita nilai. Pegawai pasukan akan memantau dari semasa ke semasa, tapi saya rasa tidak ada masalah kerana kebanyakan mereka adalah tonggak utama dalam pasukan masing-masing yang sudah mempunyai tahap kecergasan yang baik,” katanya.

Daripada senarai 31 pemain yang mendapat panggilan, Maloney telah memanggil 19 pemain dari skuad 23 pemain yang telah membawa Malaysia layak ke Piala Asia B-23 2022 selepas muncul juara Kumpulan J, saingan kelayakan di Ulaanbaatar, Mongolia dari 25 hingga 31 Oktober 2021.

Turut tersenarai, dua pemain lain dari skuad yang beraksi pada Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari 2022 iaitu Ubaidullah Shamsul Fazili (Skuad Projek FAM-MSN) dan A. Selvan (Negeri Sembilan).

Baki 10 lagi pemain yang turut dipanggil kali ini terdiri daripada tiga pemain Selangor FC – Danial Asri, Syahir Bashah dan Aliff Haiqal; dua pemain Johor Darul Ta’zim II – Daryl Sham dan Ahmad Aysar Hadi; penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim; dua pemain Terengganu FC II, Muslihuddin ‘Atiq dan Safwan Mazlan; pemain Kuala Lumpur City FC, Haqimi Azim Rosli serta pemain kelab Jepun, Azul Claro iaitu Hadi Fayyadh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN