Hanya 3 Kelab Liga Premier Lulus Pelesenan Untuk Musim 2020

Seperti dijangka, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengumumkan senarai pasukan dan kelab yang lulus permohonan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk saingan pada musim hadapan.

Bagi pasukan yang bersaing di Liga Premier pada musim ini, hanya 3 kelab diberikan lesen kebangsaan sepenuhnya.

Pasukan-pasukan tersebut adalah Sabah yang akan beraksi di saingan Liga Super pada musim hadapan, Negeri Sembilan dan juga UiTM FC.

Sabah FA

Tiga lagi pasukan lain iaitu PDRM FA, Pulau Pinang FA dan Selangor United FC pula diberikan pelesenan kebangsaan secara bersyarat, iaitu harus melengkapkan keperluan yang disyaratkan itu sebelum 30 Oktober 2019.

Manakala tiga lagi pasukan iaitu Kelantan FA, Sarawak FA dan UKM FC diberikan kelonggaran untuk memenuhi setiap kriteria yang diperlukan juga sebelum 30 Oktober 2019.

Kegagalan ketiga-tiga pasukan ini memenuhi kriteria yang ditetapkan FAM, akan menyebabkan pasukan tersebut beraksi di Liga M3 pada musim hadapan.

Kesebelasan utama pasukan UKM FC ketika menentang JDT II semalam. FOTO: UKM FC

Berdasarkan kenyataan dari FAM itu juga, tiada pasukan dari Liga Premier pada musim ini memohon untuk mendapatkan pelesenan AFC.

Syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh FAM adalah lebih tinggi daripada badan induk bola sepak Asia itu.

Enam kriteria yang perlu dipenuhi oleh setiap pasukan yang bertanding untuk mendapatkan lesen kebangsaan FAM ialah perkara-perkara berkaitan kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN