Hanya 9 Pasukan Liga Super Lulus Pelesenan Kelab

Melaka

Seperti dijangka, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengumumkan senarai pasukan dan kelab yang lulus permohonan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk saingan pada musim hadapan.

Melalui satu pengumuman sebentar tadi, sembilan daripada 12 pasukan yang bersaing di saingan Liga Super pada musim ini telah diluluskan permohonan masing-masing.

Kelulusan tersebut telah diputuskan pada mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif yang berlangsung pada 26 dan 27 September 2019.

Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah FA, Kuala Lumpur FA, Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Terengganu FA, Felda United FC dan PJ City FC adalah kelab yang diberikan kelulusan tersebut, dengan syarat mereka layak untuk beraksi secara merit di saingan Liga Super pada musim hadapan.

Manakala PKNS FC dan Melaka United pula diberikan lesen kebangsaan secara bersyarat. Ini bermakna kedua-dua pengurusan kelab harus melengkapkan keperluan yang disyaratkan sebelum 30 Oktober 2019.

Kegagalan untuk berbuat demikian, lesen berkenaan akan ditarik balik dan mereka akan dikenakan tindakan diturunkan ke Liga Premier 2020.

FOTO: PKNP FC

Hanya PKNP FC yang gagal memperolehi lesen kebangsaan pada musim ini selepas kegagalan untuk melengkapkan kriteria-kriteria yang diperlukan, sekali gus diturunkan ke Liga Premier 2020.

Daripada sembilan kelab yang lulus lesen kebangsaan, hanya enam yang layak menerima lesen AFC. Kelab-kelab tersebut adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah FA, Kuala Lumpur FA, Perak FA, Selangor FA dan Terengganu FA.

Ini bermakna hanya enam pasukan ini yang layak bertanding di pertandingan anjuran AFC pada musim hadapan sekiranya layak.

Dua slot ke pertandingan Piala AFC mewakili Malaysia pada musim hadapan adalah Kedah FA selaku juara Piala FA, dan JDT selaku juara Liga Super.

FAM turut mengambil langkah proaktif FAM untuk permohonan kali ini dengan mensyaratkan setiap pasukan wajib menghantar surat pengisytiharan yang mereka bebas daripada sebarang tunggakan gaji, KWSP, LHDN dan Perkeso.

Maklumat berkenaan wajib dihantar kepada FAM selewat-lewatnya pada 15 Disember 2019, menjelang musim baharu Liga Super dan Liga Premier 2020.

Perkara ini dilakukan kerana semakan terkini hanya berdasarkan kepada laporan kewangan tahunan 2018 yang telah diaudit serta laporan daripada pengurusan pasukan untuk tempoh Januari 2019 hingga Jun 2019.

Kegagalan pasukan-pasukan bertanding berbuat demikian membolehkan FAM menarik barik lesen pertandingan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN