Hanya 26 Pemain Melapor Diri Di Kem Latihan Pusat Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan seramai 26 daripada 30 pemain yang dipanggil mengikuti kem latihan pusat selama tiga minggu bermula hari ini sudah melaporkan diri, sementara empat pemain lagi dijangka turut menyertai dalam masa terdekat.

Empat pemain itu ialah Matthew Davies, Syafiq Ahmad, Tommy Mawat Bada dan Amierul Hakimi Awang.

Menurut Kim Swee, empat pemain itu akan melaporkan diri dalam masa terdekat selepas mereka menyelesaikan urusan harian dan masalah yang dihadapi.

“Matt Davies ketika ini di Madrid, Sepanyol dan akan kembali ke Australia dahulu untuk menjalani sesi pemulihan dan Syafiq sedang sibuk menguruskan hal perkahwinan beliau. Tommy dan Amierul pula ada masalah dengan penerbangan ke Kuala Lumpur,” jelasnya.

INFOGRAFIK : Datuk Ong Kim Swee telah memilih 30 pemain terbaik yang bakal membawa cabaran negara di kejohanan AFC Bawah 23 Tahun pada januari depan.

Kim Swee turut menjelaskan kesukaran mengatur perlawanan persahabatan di negara Arab merupakan sebab utama kenapa beliau menjadikan Korea Selatan sebagai destinasi ideal bagi mempersiapkan pasukan sebelum menghadapi Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di China, Januari depan.

Katanya, sebahagian besar negara Asia Barat hanya akan bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan sekiranya ia diadakan di sana selain mengambil kira jarak perjalanan yang lebih jauh untuk ke China berbanding Korea Selatan.

“Selain itu, pasukan Asia Barat berada dalam kumpulan kita, mereka akan ke Jepun ataupun Korea Selatan untuk membiasakan diri dengan cuaca sejuk di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari pertama sesi latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, semalam.

Bagaimanapun, Kim Swee berkata skuad negara yang diundi berada di dalam kumpulan C bersama tiga negara Arab iaitu Iraq, Jordan dan Arab Saudi berpeluang menguji kekuatan bersama salah satu daripada pasukan negara itu sebelum memulakan kejohanan ketika di China.

“Kemungkinan besar satu perlawanan persababatan menentang salah satu pasukan yang layak ke Piala AFC U23 2018 tetapi berada dalam kumpulan lain akan diadakan ketika di China sebelum kita menentang Iraq pada aksi pembukaan,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN