Hamidin Tampil Simpati Lihat Keadaan Terkini Faisal Halim

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin tampil begitu bersimpati akan nasib malang yang telah menimpa pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim.

Terdahulu, Faisal dilaporkan telah diserang oleh dua individu tidak dikenali apabila beliau disimbah oleh asid ketika bersama keluarga di sebuah pasaraya terkenal sekitar Petaling Jaya.

Kejadian tersebut menyaksikan penyerang berbisa Selangor itu terpaksa dikejarkan ke hospital swasta terdekat untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut kerana tubuhnya mengalami kecederaan sangat teruk.

Melihat kepada situasi tersebut, Hamidin tidak mengambil masa yang lama untuk melawat pemain tersebut bagi mengetahui lebih lanjut apa yang menimpa pemain tersebut.

Jelas Hamidin menerusi laporan Stadium Astro, keadaan Faisal dianggap sangat menyedihkan dengan kecederaan berlaku di sekitar tangan kiri serta bahagian rusuk akibat simbahan asid tersebut.

Ketua Polis Selangor Keluar Kenyataan Tentang Kes Simbah Asid Buat Faisal Halim

“Keadaan Faisal Halim agak menyedihkan. Bahagian kaki tiada masalah, cuma bahagian tangan kiri, rusuk dan bahu tercedera kena simbahan asid.

“Sudah tentu dia dalam keadaan sedih, dia berjiwa kental. Yang pentingnya saya katakan kepada dia, lupakan seketika bola sepak untuk pastikan dia cepat sembuh dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” jelas kenyataan tersebut.

Selain Faisal, seorang lagi pemain sayap Harimau Malaya iaitu Akhyar Rashid turut mengalami kejadian seakan serupa apabila beliau diserang oleh dua individu tidak dikenali ketika di Terengganu.

Kedua pemain itu juga hampir pasti akan terlepas peluang beraksi untuk pasukan masing-masing sebelum tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula.

Perkara yang berlaku itu kini dianggap sangat membimbangkan buat para pemain bola sepak profesional lain yang berkemungkinan turut terdedah untuk diserang masa akan datang.

Malah, ia juga turut akan memalukan nama bola sepak Malaysia jika perkara ini turut mendapat liputan daripada pihak media luar selepas dia keganasan berlaku buat dua pemain bola sepak kebangsaan ini.

Apapun yang berlaku, diharap kedua pemain ini tabah menghadapi dugaan melanda sambil kita bersama-sama mendoakan supaya si pelaku diberkas oleh pihak berkuasa.

Dalam kalangan penyokong juga diharap tiada sebarang komen provokasi dilemparkan, sambil masing-masing dinasihatkan berdoa supaya dua bintang Malaysia itu mendapat pembelaan sepatutnya.

Sumber:
Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN