Hamidin Nafi Ikut Resepi Vietnam Dan Indonesia, Perlantikan Jurulatih Baru Sudah Lama Dikaji

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan jurulatih baharu skuad Harimau Malaya dari Korea Selatan, Kim Pan Gon semalam untuk mengemudi skuad ini kearah lebih positif.

Badan utama bola sepak negara ini juga menafikan yang mereka telah menceduk formula negara serantau yang menggunakan khidmat jurulatih Korea Selatan seperti Vietnam dan Indonesia setelah dua negara tersebut dilihat berjaya dengan sentuhan jurulatih luar negara.

Jelas Datuk Hamidin Mohd Amin selaku presiden FAM, badan induk tersebut tidak sekadar hanya mengikut trend seperti yang diperkatakan ramai memandangkan pihak mereka sendiri telah melakukan kajian sebelum itu dengan pelbagai tapisan sebelum memilih jurulatih dari republik itu.

“Kalau kita ambil jurulatih dari England, nanti ada yang persoalkan orang England tidak tahu bola sepak kita. Kita pun ada buat kajian kita sendiri yang menyeluruh.

“Penilaian kita adalah dia adalah yang terbaik dan kita boleh mendapatkan khidmatnya ketika ini. Kita berpandangan dia paling layak untuk menaikkan kita di peringkat ASEAN dan Asia,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, semalam menurut Berita Harian.

Sentuhan positif yang sebelum itu ditunjukkan oleh dua jurulatih dari Korea Selatan iaitu Park Hang Seo yang berjaya mengangkat bola sepak Vietnam ke arah lebih tinggi serta Shin Tae Yong yang membawa tenaga muda mula mengubah landskap bola sepak Indonesia mula diberi perhatian oleh pemerhati bola sepak mengenai hasil kerja mereka untuk dua pasukan Asean ini.

Sebelum itu, Hang Seo menjadi individu yang penting dalam menaikkan mutu skuad Naga Emas untuk menjadi salah satu pasukan yang sangat kuat di Asia Tenggara dengan corak permainan yang menyerlah serta kemampuan beliau untuk meningkatkan skil individu setiap pemain.

Sementara Tae Yong pula berjaya menaikkan ramai nama-nama pemain muda untuk diketengahkan serta menjadi individu penting yang membawa Indonesia sehingga ke final Piala AFF 2020 dengan barisan pemain yang masih hijau.

Semalam, Hamidin mengumumkan Pan Gon selaku pengendali skuad negara setelah jawatan tersebut ditinggalkan oleh Tan Fhemg Hoe yang mengambil sikap tanggungjawab atas kegagalan beliau untuk membawa Malaysia beraksi lebih baik di pentas AFF 2020.

Jelas Hamidin, pengendali dari Korea Selatan yang berusia 52 tahun itu diberi kontrak selama 2 tahun dan akan disambung lagi jika beliau berjaya membawa Malaysia meningkat dari segi corak permainan bersama prestasi yang baik sehingga membuatkan FAM berpuas hati.

“Kita bagi peluang pada dia walaupun kita memang mahu layak ke Piala Asia. Tetapi kita lihat bagaimana (prestasinya) untuk dua tahun ini,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN