Hamidin Hero Bola Sepak Malaysia

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berkata kembalinya Telekom Malaysia (TM sebagai penaja Liga Malaysia pada musim ini adalah kerana keyakinan syarikat telekomunikasi negara itu terhadap organisasi yang dipimpin oleh Datuk Hamidin Mohd Amin.

Datuk Hamidin Mohd Amin merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga Presiden Malaysian Football League (MFL) – dua badan utama yang melakukan urus tadbir bola sepak negara.

Menurut Sadek, kehadiran TM sebagai penaja pasti dapat membantu meningkatkan prestij saingan bola sepak negara itu sehkali gus memberi sinar baharu kepada saingan bola sepak di dalam negara.

“Tidak mudah untuk mendapatkan penajaan dalam keadaan ekonomi tidak begitu menentu ketika ini namun atas kebijaksanaan Hamidin sebagai ‘wisdom leader’ yang dilihat lebih terbuka dan profesional, kata beliau kepada Berita Harian.

“Aspek ini mungkin antara kunci kepada kejayaan kerjasama antara TM dengan MFL.

“Kita boleh anggap tajaan ini sebagai satu pengiktirafan daripada badan korporat kepada organisasi sukan seperti MFL. Sudah tentu perkembangan ini dapat membantu pasukan menjadi lebih baik.

“Namun pasukan juga perlu beringat supaya dapat menggunakan dana diberikan supaya lebih strategik. Contohnya bagi memperkemas pentadbiran ataupun fokus kepada pembangunan akar umbi bagi melahirkan lebih ramai pemain untuk masa depan,” katanya.

Pada Jumaat lalu TM diumumkan sebagai penaja utama bagi saingan Piala Malaysia dan sebagai penaja bersama untuk Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Cabaran dengan kontrak perjanjian tiga tahun tidak didedahkan jumlahnya.

TM sebelum ini menarik diri selaku penaja utama saingan Liga Malaysia sebelum sepak mula saingan pada musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN