Kritikan Peminat Ke Atas Macelo Adalah Tidak Patut

Pemain bek kiri berpengalaman Brazil, sekali lagi tidak beraksi di tahap terbaik ketika berhadapan Real Sociedad, pada aksi Copa Del Rey.

Zinedine Zidane menyifatkan setiap orang berhak dikritik. Malah menurut Zidane lagi, mereka di dalam pasukan tahu, setiap kali Real Madrid kalah, ‘pisau akan keluar’ untuk mereka hadap.

Namun Zidane berpendapat kritikan oleh sesetengah peminat Real Madrid ke atas Marcelo adalah keterlaluan.

Real Madrid tewas 4-3 kepada Real Sociedad, dalam saingan suku akhir Copa Del Rey, di hadapan penyokong mereka sendiri.

Real Madrid 2 kali ketinggalan 3 gol dalam aksi ini, iaitu pada kedudukan 3-0 dan 4-1.

Zinedin Zidane menggunakan perlawanan itu untuk memberi peluang kepada beberapa pemain yang kurang beraksi musim ini.

Marcelo bek kiri yang sudah berusia 31 tahun. Dan beliau membuat penampilan ke-500 untuk Madrid. Beliau kini dilihat bukan lagi pilihan utama di dalam skuad Real Madrid.

Ferland Mendy adalah pilihan utama Zidane pada waktu ini.

Marcelo menandakan aksi ke-500 beliau dengan menjaringkan 1 gol. Namun aksi tidak menentu beliau membuatkan namanya antara yang dikritik hebat oleh penyokong Real Madrid.

Zidane berkata kepada wartawan: “Ia menyakitkan untuk melihat kritikan seperti itu. Kerana beliau [Marcelona] telah memberikan segalanya apabila beliau bermain – bukan hanya Marcelo, semua pemain kami melakukan perkara yang sama.”

“Mereka sentiasa turun ke sana dengan memberikan komitmen maksimum.”

“Para peminat yang ada di sana juga boleh melihatnya. Para peminat memainkan peranan tersendiri dalam permainan – mereka mungkin kecewa apabila kami tersingkir, tetapi saya tahu mereka tahu bahawa kami telah memberikan 100 peratus.”

“Saya fikir Marcelo juga memberikan segalanya hari ini. Pisau akan sentiasa keluar apabila kami kalah, apabila kita kalah, segala-galanya akan dianalisis.”

“Perkara yang penting adalah pemain saya telah memberikan 100 peratus dan Marcelo juga sama.”

“Marcelo menjadi pemain penting selama bertahun-tahun di sini, dan saya yakin beliau akan terus menjadi pemain penting sehingga akhir musim ini.”

“Ia sangat sukar untuk sentiasa bermain bola sepak terbaik dengan 50-60 perlawanan yang ada. Itu perkara biasa, pasti ada turun dan naik.”

“Kami masih ada perjalanan yang sangat panjang. Dan setiap orang diperlukan sehingga ke akhir musim ini.”

Real Madrid akan kembali beraksi berhadapan Osasuna pada hari Ahad. Mereka sedang mendahului Barcelona 3 mata di puncak liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN