Hamada Yakin Hadi Akan Mendapat Tempat Dalam Kelab Jepun

Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada yakin dengan kemampuan yang dimiliki oleh bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Hadi Fayyadh Abdul Razak untuk menempatkan diri dalam kelab liga Jepun.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian apabila diminta mengulas mengenai keberangkatan Hadi Fayyadh ke Jepun untuk menjalani sesi ujian bersama kelab Liga divisyen 2, Fagiano Okayama buat kali kedua bermula hari Khamis ini.

Status Hadi selaku penyerang skuad kebangsaan mungkin bukan jaminan untuk memikat barisan kejurulatihan Fagiano Okayama, namun Hamada menggesa pemain muda negara itu supaya berusaha dengan gigih dan tidak putus asa untuk memburu impiannya.

“Umurnya masih muda dan ini membolehkan dia mencari pengalaman di tempat yang terbaik. Meskipun dia dipandang sebagai antara prospek terbaik di Malaysia, namun situasi itu amat berbeza di Jepun kerana tahap dan kualiti antara dua negara yang jauh berbeza.

“Secara peribadinya, saya mengharapkan dia dapat menunjukkan prestasi yang baik dalam sesi latihan bersama Fagiano Okayama dan seterusnya mendapatkan tempat,” katanya.

Hadi Fayyadh, Hodak
Hadi Fayyadh menjaringkan 2 gol ketika mewakili Malaysia dalam saingan AFC B-19 bulan lalu. FOTO: FAM

Ikut jejak langkah Chanathip Songkrasin dan Yuya Osako

Hamada juga mahu Hadi mencontohi bintang Thailand, Chanathip Songkrasin yang menyertai kelab J-League, Hokkaido Consadole Sapporo dan penyerang Jepun, Yuya Osako yang beraksi di Piala Dunia 2018. Dua pemain ini bermula dari bawah sebelum mencipta nama di peringkat tertinggi.

“Saya melihat Hadi Fayyadh memiliki potensi seperti Chanathip. Sebelum ini, dia juga dipandang tinggi di negaranya namun selepas berada di Jepun, dia sedikit bergelut sebelum berjaya membuktikan kemampuannya dengan menjadi penjaring gol kedua terbanyak pasukannya pada musim ini.

“Bukan itu sahaja, saya juga mahukan dia supaya dapat mengikut jejak langkah Osako kerana mereka berdua mempunyai latar belakang bola sepak yang lebih kurang sama,” katanya.

Chanathip Songkrasin merupakan pemain pertama dari Thailand dan Asean yang membuat penampilan dalam saingan J-League.

Chanatip mula didaftarkan ketika perlawanan J2 League telah berlangsung sebanyak 18 perlawanan, namun impak yang dibawa oleh pemain ini cukup hebat apabila tersenarai sebanyak 15 kali dalam kesebelasan utama dan hanya sekali masuk sebagai pemain gantian, mengumpul 1,301 minit masa bermain.

Aksi Chanathip juga telah berjaya mengelakkan Consadole Sapporo yang ketika itu bergelut zon penyingkiran ke J2 League.

Musim 2018, Chanathip juga bermula dalam kesebelasan utama ketika bertemu Sanfrecce Hiroshima dan beraksi selama 71 minit. Berikutan prestasi cemerlangnya, beliau ditawarkan kontrak tetap untuk bersama kelab itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN