Quantcast

ADVERTORIAL

golazo Football: Aplikasi Untuk Cari Padang, Pasukan Lawan Dan Pengadil Bola Sepak & Futsal

  • Aplikasi golazo Football berperanan sebagai pemudah cara yang menghubungkan pasukan bola sepak sosial dengan padang, pengadil serta pertandingan bola sepak atau futsal secara dalam talian.
  • Diasaskan pada November 2016 hasil inisiatif sendiri oleh Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) golazo Football, Hariz bin Badrulhisham yang ketika itu turut menghadapi masalah untuk menyusun aturcara perlawanan buat pasukan beliau sendiri.
  • Sehingga hari ini, sudah hampir 4 ribu pasukan telah berdaftar bersama golazo Football bagi memudahkan urusan perlawanan mereka.

Pengalaman sendiri punca kewujudan golazo Football

Sebut sahaja tentang pengalaman mencari padang dan pihak lawan, dua perkara ini sudah tentu menyebabkan setiap pengurus pasukan bola sepak komuniti berasa serabut.

Apa tidaknya, kadang-kala pasukan lawan sudah ditemui, namun tiada padang yang sesuai dijumpai. Manakala, dalam sesetengah kes, padang sudahpun ditempah awal, namun pasukan lawan pula yang gagal dicari.

Yang lebih memeningkan, terdapat padang-padang sub-standard yang tidak terjaga dengan baik, mampu menimbulkan kecederaan kerana permukaan yang tidak sempurna dan mengabaikan faktor keselamatan, selain masalah fasiliti yang tidak lengkap.

Permasalahan ini membuatkan Hariz Badrulhisham, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) golazo Football, untuk mewujudkan satu aplikasi khas untuk membantu mereka yang menerima nasib sama seperti beliau.

”Semuanya bermula apabila saya mengalami kesukaran untuk mencari pasukan lawan dan juga padang untuk beraksi buat pasukan saya, dari situlah munculnya idea tersebut,” ujar Hariz ketika dihubungi wakil SemuanyaBOLA.

Bagaimana aplikasi golazo Football berfungsi

Pengurus atau wakil pasukan perlu mendaftarkan pasukan anda terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mengakses aplikasi tersebut dengan lebih lanjut.

Aplikasi golazo Football ini memberikan peluang buat anda untuk mencari padang yang ‘available‘ terutamanya di sekitar Lembah Klang, Cyberjaya dan Bangi.

Dalam masa yang sama sekiranya anda sudah berjaya mendapatkan padang yang dimahukan tetapi masih tidak mempunyai lawan, golazo Football turut menyediakan medium bagi anda mencari pasukan lawan.

Ia semudah ABC; pilih padang, match-kan dengan pasukan lawan dan main.

Pasukan dan padang yang sudah tersedia, hanya menanti pasukan anda untuk menyahut cabaran ini.

Ia menjimatkan masa, tenaga dan sangat membantu pengurus-pengurus pasukan bola sepak komuniti untuk membuat perancangan pasukan terutamanya dalam pengurusan bajet.

Selain itu, satu lagi fungsi tambahan yang disokong dalam aplikasi ini adalah memberikan informasi tentang pertandingan yang sedang atau bakal berlangsung.

Pasukan anda juga boleh menyatakan keinginan untuk menyertai kejohanan tersebut (upcoming tournament) sekiranya berminat.

Pasukan dan padang yang terlibat

Hariz menjelaskan bahawa ketika ini hampir 4000 pasukan sosial telah berdaftar di bawah aplikasi golazo Football.

Antara pasukan yang berdaftar di golazo Football.

golazo Football juga telah menyenaraikan lebih 30 padang yang melibatkan padang di sekitar Lembah Klang serta juga terdapat padang di Kedah dan Johor.

Antara padang-padang yang bekerjasama dengan golazo Football.

Masalah yang dihadapi golazo Football

Setiap ‘penggembaraan’ sudah pasti akan timbul masalah yang menghantui diri, begitulah juga kepada golazo Football.

Sebagai landasan yang mungkin baru dalam kalangan pasukan bola sepak sosial, cabaran terbesar yang dihadapi golazo Football adalah dalam mendidik pengguna.

Pilihan padang yang ‘available’ untuk tempahan.

Perkara itu diakui sendiri Hariz yang berkata: ”Antara cabaran yang dihadapi oleh pihak kami adalah bagi ‘educate‘ pengguna dan juga pasukan untuk menggunakan aplikasi golazo Football ini dengan betul.”

”Dalam pada itu, dari segi permintaan untuk menjalinkan hubungan dalam usaha mendapatkan padang juga merupakan masalah buat kami.”

”Pernah kami menghubungi hampir 1000 buah sekolah di seluruh Selangor, namun kebanyakannya gagal mencapai kata sepakat,” jelas Hariz.

Sasaran bagi tahun 2019

Sambutan yang kian menggalakkan oleh pasukan sosial memberikan harapan buat Hariz yang mensasarkan penglibatan 10 ribu pasukan pada tahun hadapan yang menggunakan aplikasi ini.

Beliau juga merancang bagi membuka peluang kepada para pemain untuk mempunyai akses di aplikasi tersebut.

Seperti yang dimaklumkan, ketika ini akses hanya diberikan kepada pengurus atau wakil bagi setiap pasukan sahaja.

Aplikasi golazo Football kini boleh dimuatnaik secara percuma dari Google Play Store untuk pengguna telefon pintar Android diĀ https://play.google.com/store/apps/details?id=golazo.com.my dan App Store bagi pengguna iPhone di https://appsto.re/my/YldXfb.i.

Foto: Golazo Football App

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!