Hakim Ziyech dikatakan bengang dengan kepimpinan Chelsea yang menjadi punca mengapa perpindahan beliau mahu menyertai Paris Saint Germain (PSG) berakhir dengan kegagalan.
Perpindahan Ziyech menyertai PSG secara pinjaman secara rasminya berakhir dengan kegagalan selepas permohonan kelab untuk mendaftarkan bintang Maghribi itu ditolak.
Pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan Januari ditutup, pemain kebangsaan Maghribi itu telah tiba di Paris untuk melengkapkan perpindahan beliau menyertai PSG sebagai pemain pinjaman.
Hakim Ziyech's deadline day move to PSG collapsed after Chelsea sent the wrong transfer documents THREE times, sources have told ESPN.
The first document included a mistake, the second wasn't signed and the third was submitted too late 🙃 pic.twitter.com/zSl9XOOKqp
— ESPN UK (@ESPNUK) February 1, 2023
Urusan perpindahan itu nampak berjalan lancar selepas kedua-dua kelab masing-masing sudah bersetuju untuk melengkapkan urusan perpindahan tersebut.
Hakim Ziyech sendiri turut sudah menjalani pemeriksaan kesihatan dan beliau bersedia sepenuhnya untuk menyertai gergasi Ligue 1 itu.
Walau bagaimanapun, urusan perpindahan itu gagal untuk disempurnakan kerana Chelsea dikatakan tersilap menghantar dokumen.
Apa yang lebih teruk lagi, bukan hanya sekali, tetapi Chelsea sebenarnya tiga kali tersilap hantar dokumen untuk melengkapkan perpindahan Ziyech.
Kesilapan dungu Chelsea itu secara tak langsung telah melambatkan urusan perpindahan Ziyech dan dek kerana itu PSG gagal untuk mendaftarkan pemain penyerang itu sebelum jendela perpindahan ditutup.
Bit more PSG's failed loan deal for Hakim Ziyech. Told by Tuesday lunch an agreement was close, although no clarity over a buy option. It would later be decided just a straight loan was possible. Ziyech was then waiting in PSG's offices as time began to run out. pic.twitter.com/fukbisCek6
— Ben Jacobs (@JacobsBen) February 1, 2023
PSG gagal menepati waktu yang telah ditetapkan oleh Ligue de Football Professionnel (LFP) dan menyebabkan mereka gagal mendaftarkan Ziyech.
Laporan sama turut mendakwa yang sistem LFP sendiri turut mempunyai masalah dan turut menjadi punca mengapa urusan perpindahan Ziyech mahu menyertai PSG berakhir dengan kegagalan.
PSG sendiri dikatakan menganggap urusan perpindahan ini berakhir dengan cara yang tak sepatutnya dan Ziyech jelas sekali menjadi individu paling kecewa kerana hal tersebut.
PSG turut menghantar rayuan dan berharap agar permohonan mereka akan diterima kerana merasakan LFP juga perlu bertanggungjawab atas kerosakkan pada sistem mereka.
🚨| Chelsea has assured in recent hours that this series of errors for the Hakim Ziyech deal was due to the result of them being too busy in the recruitment of Benfica’s Enzo Fernandez. 🇲🇦🇦🇷 [@lequipe] pic.twitter.com/8QrvOAgGH6
— PSG Report (@PSG_Report) February 1, 2023
Walau bagaimanapun, permohonan PSG telah ditolak dan menyebabkan Ziyech terpaksa kembali ke London dalam keadaan yang sangat tidak gembira.
PSG bengang dengan Chelsea dan sistem LFP kerana mereka sangat-sangat terdesak mahu Ziyech berada di Parc des Prince.
Gergasi Ligue 1 itu telah melepaskan Pablo Sarabia untuk menyertai Wolves, namun malangnya mereka gagal untuk mendapatkan pemain pengganti.
Bukan hanya PSG, bahkan Ziyech sendiri juga dikatakan sangat bengang dengan Chelsea kerana menjadi punca urusan perpindahan beliau berakhir dengan kegagalan.
Kesilapan Chelsea itu dikatakan sangat sukar untuk diterima dan mereka dianggap seolah-olah sengaja menggagalkan urusan perpindahan tersebut.
🚨 It’s over. Hakim Ziyech will NOT join Paris Saint-Germain, deal collapsed — no chance after the appeal has been rejected by LFP.
Paris Saint-Germain, literally furious with the situation with Chelsea after contracts signed but sent too late.
Ziyech, more than disappointed. pic.twitter.com/HZaRqxR6Lc
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 1, 2023
Selain PSG, Ziyech juga turut menjadi pemain sasaran kelab-kelab seperti AC Milan, Roma dan RB Leipzig.
Melihat kepada situasi terkini, Ziyech sebenarnya berpotensi untuk digugurkan dari skuad 25 pemain Chelsea dalam saingan Champions League.