Hadi Mahu Buktikan Dia Layak Berada Dalam Skuad Malaysia B23

Penyerang muda JDT yang berusia 17 tahun, Hadi Fayyadh Abdul Razak mahu menggunakan pengalamannya ketika bersama skuad B-19 bagi membuktikan betapa dia layak untuk berada dalam skuad Kim Swee ke China.

Beliau tidak mahu mensia-siakan peluang kali pertama dipanggil menyertai latihan pusat bersama skuad bawah 23 tahun negara bagi mengharungi Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, bulan depan.

Bercakap kepada berita harian, pemain tinggi lampai itu sedia merebut tempat dalam senarai 26 pemain skuad Malaysia B23 yang akan ke Korea Selatan untuk latihan pusat fasa kedua.

“Memang bukan mudah untuk merebut tempat terutama apabila terpaksa bersaing dengan pemain senior yang sudah lama berlatih bersama pasukan ini.

“Tapi saya tidak menganggapnya sebagai penghalang kerana segala keputusan akan dibuat jurulatih. Jika kita bermain dengan baik, sudah pasti jurulatih akan pilih kita.

“Saya akan cuba lakukan yang terbaik dan menunjukkan usia lebih muda bukan penghalang untuk mewakili pasukan senior,” kata pemain Johor Darul Ta’zim II itu.

Sesi latihan pusat skuad Malaysia B23 di Wisma FAM. (Gambar: FAM)

Melihat kepada pemain yang dipanggil ke kem latihan kali ini, Hadi dilihat berdepan saingan sengit daripada pemain yang beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur termasuk N Thanabalan, Jafri Firdaus Chew, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid serta penyerang Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj.

Jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee bakal membuat penilaian terakhir sebelum memilih pemain yang akan ke Korea Selatan selepas aksi persahabatan berdepan Melaka United, esok.

Skuad B-23 akan menjalani latihan pusat di Mokpo, Korea Selatan selain dijadualkan mengharungi tiga aksi persahabatan antarabangsa pada 22, 25 dan 28 Disember ini.

INFOGRAFIK : Datuk Ong Kim Swee telah memilih 30 pemain terbaik yang bakal membawa cabaran negara di kejohanan AFC Bawah 23 Tahun pada januari depan.

Kim Swee turut memuji kesungguhan beberapa pemain dari skuad B-19 untuk merebut tempat dalam skuadnya.

“Apa yang saya lihat mereka (pemain skuad B-19) mempamerkan kegigihan yang cukup tinggi dan cuba membuktikan mereka layak berada dalam skuad ini,” katanya. – BH

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN