Penyerang muda kebangsaan iaitu Hadi Fayyadh dijangka bakal menjadi pertaruhan baharu buat PDRM malam ini untuk aksi seterusnya dalam saingan Liga Super 2023 menentang Kelantan United di Kota Bharu.
Beraksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, ianya dianggap sebagai suatu kelebihan sebenarnya kepada Kelantan United dalam misi mereka untuk mengejar kemenangan kedua musim ini dalam aksi Liga Super.
📸 | Brisk walking in Kota Bharu 🏃🏼♂️ #klupdrm#pdrmfc #sangsakabiru #upthecops #atourownpace #ligasuper2023 pic.twitter.com/yf9kwftm7W
— PDRM Football Club 🇲🇾 (@officialpdrmfc) July 28, 2023
Namun, berdasarkan prestasi semasa kedua kelab, jelas PDRM dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mencatat kemenangan berbanding Kelantan United.
PDRM musim ini boleh dianggap tampil dengan sangat memberansangkan walaupun ianya merupakan musim pertama mereka dalam saingan Liga Super tanpa kelibat pemain bintang.
Daripada 17 perlawanan telah dilalui oleh Sang Saka Biru, mereka telah pun mencatat tujuh kemenangan termasuk mengejutkan ramai pasukan pilihan lain untuk berada di tangga kelapan liga.
Walaupun mencatat sedikit kontroversi menerusi perpisahan mereka secara mengejut bersama bekas pengendali iaitu Azzmi Aziz, prestasi semasa PDRM dilihat tidak terjejas.
Terbaharu, mereka berjaya mengikat Terengganu menerusi keputusan seri tanpa jaringan untuk memastikan satu mata dapat dibawa pulang bagi mengukuhkan kedudukan semasa pasukan tersebut.
Pada jendela perpindahan kedua Liga Super ini, PDRM antara pasukan yang tidak membuat rombakan baharu secara besar-besaran selain mendapatkan khidmat Hadi Fayyadh sahaja yang dipinjamkan oleh Perak.
Ianya dianggap sebagai suatu langkah terbaik PDRM kini dalam usaha mereka untuk menambah sengat di posisi serangan yang dianggap sedikit lemah sejak awal musim ini.
Hadi dianggap sebagai senjata baharu buat PDRM menerusi posisi serangan mereka pada aksi seterusnya berdepan Kelantan United dalam misi mendapatkan tiga mata.
Tampil dengan fizikal yang ideal selaku seorang penyerang, pemain ini dijangka bakal digunakan sebaik mungkin oleh Eddy Gapil untuk memastikan kelebihan penyerang tersebut digunakan sebaik mungkin.
Walaupun tidak mencatat rekod yang begitu bagus bersama Perak pada awal musim, nasih Hadi kini mungkin berubah jika percaturan taktikal diterapkan mampu untuk mempengaruhi kualiti penyerang itu menjadi lebih baik.
What the deer doin’? 🦌 #klupdrm#pdrmfc #sangsakabiru #upthecops #atourownpace #ligasuper2023 pic.twitter.com/OKdr410RS8
— PDRM Football Club 🇲🇾 (@officialpdrmfc) July 27, 2023
Berdepan Kelantan United yang tidak begitu konsisten di posisi pertahanan mereka, dijangka penyerang tersebut mungkin akan digunakan oleh Eddy selaku ‘supersub’ untuk cuba mencipta sesuatu khususnya di separuh masa kedua perlawanan.
Walaubagaimana pun, Hadi perlu membuktikan keupayaan beliau dengan sebaik mungkin kerana pemain ini perlu bersaing sengit dengan dua lagi penyerang PDRM iaitu Uche Agba serta Bruno Suzuki selaku penggempur utama kelab tersebut.