Habib Haroon Rasmi Kini Jadi Milik Kedah Musim 2024/2025

Kedah Darul Aman (Kedah) secara rasminya kini menandatangani khidmat pemain tengah import baharu dari Bahrain iaitu Habib Haroon untuk memperkukuhkan pasukan tersebut musim 2024/2025.

Ianya diperkenalkan secara rasmi oleh laman pasukan tersebut dengan ucapan selamat datang diberikan kepada Habib yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga Sang Kenari.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Habib Haroon, pemain berasal dari Bahrain yang cukup dikenali di Liga Malaysia ketika bersama Terengganu FC.

“Dengan kreativiti beliau dibahagian tengah, tidak hanya membuat umpanan berbahaya kepada rakan tetapi turut menghasilkan gol dari sudut sukar.

“Pemain berusia 23 tahun ini memilih untuk berjuang di kem Sang Kenari musim 2024/25 sekaligus penyatuan semula dengan Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain yang turut mengadalikan Terengganu FC sebelum ini.

“Khidmat Habib akan memperkuatkan bahagian tengah Sang Kenari dengan rangkaian pemain tempatan yang lain,” jelas kenyataan tersebut di media sosial Kedah sebentar tadi.

Nama Habib bukan lagi suatu yang asing dalam dunia bola sepak tempatan, apabila beliau sudah pun tampil begitu menyerlah sejak tahun 2020 bersama Terengganu selaku perancang utama.

Musim lalu sahaja beliau diberi peranan untuk beraksi selaku perancang utama Sang Penyu dalam 23 perlawanan di peringkat domestik serta menghasilkan dua bantuan jaringan.

Malah, Habib juga beraksi sebanyak enam perlawanan di pentas AFC serta turut merekodkan satu bantuan jaringan bersama kualiti permainan cukup menyakinkan.

Kehadiran Habib dianggap cukup penting bersama Kedah selepas pasukan tersebut kehilangan dua pemain berstatus bintang di posisi tersebut untuk saingan musim ini.

Tanpa kelibat Amirbek Juraboev serta Moses Atede, pastinya kehadiran Habib dianggap sangat penting untuk memperkukuhkan kembali aspek penguasaan tengah buat Kedah.

Setakat ini, Kedah sah menandatangani tiga pemain import baharu untuk mengharungi saingan hadapan dengan Sukhrob Nurullaev serta Sony Norde sudah pun diperkenalkan lebih awal.

Malah, Sang Kenari turut berjaya mendapatkan beberapa pemain tempatan berprofil tinggi seperti Faiz Nasir, bekas penyerang Harimau Malaya iaitu Syafiq Ahmad serta Irfan Zakaria.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN