Habib Haroon Akui Sudah Terima Lamaran Kelab Baharu Musim Depan

Pemain tengah import dari Bahrain, Habib Haroon ketika ini dilaporkan masih belum memutuskan pasukan baharu bakal diwakili beliau untuk saingan musim hadapan.

Habib yang menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak pertengahan musim 2021 lalu menjadi antara pemain tengah yang sangat berpengaruh untuk mengawal posisi tersebut bersama Terengganu.

Pada usia 23 tahun, pemain ini jelas tampil dengan begitu matang daripada segi corak permainan beliau di atas padang bersama rakan sepasukan lain untuk mengawal jentera tengah.

Walaupun tidak banyak terlibat dalam penghasilan gol, secara keseluruhan Habib memainkan peranan sangat penting khususnya mengawal tempo permainan Sang Penyu.

Selain itu, Habib juga memainkan peranan cukup besar bersama Terengganu dalam saingan AFC tahun lalu bawah kendalian Tomislav Steinbruckner sehingga turut mendapat perhatian kelab-kelab lawan.

Walaupun begitu, musim depan menyaksikan masa depan beliau bersama Terengganu tidak lagi bersama dan kini Habib masih belum terikat untuk mana-mana pasukan.

Jelas Habib, beliau mahu untuk kekal dalam saingan Liga M selepas beberapa tahun selesa menetap di Malaysia berbanding mewakili kelab luar negara pada saingan hadapan.

Namun, beliau enggan terburu-buru untuk menandatangani kontrak bersama kelab baharu demi memastikan masa depannya tidak berdepan dengan sebarang masalah.

Malah, beliau mahu menggunakan masa ketika ini untuk bersama-sama keluarga kerana saingan musim hadapan masih lagi panjang tempoh masa untuk kembali bermula.

“Setakat ini saya belum membuat keputusan dengan memilih mana-mana pasukan lagi walaupun sudah ada pasukan yang menyatakan minat untuk melamar.

“Insya-Allah saya akan buat keputusan selepas ini, ejen saya akan uruskan nanti. Tapi sejujurnya saya sudah jatuh hati untuk terus beraksi dalam saingan Liga M, saya harap kekal di sini, (Malaysia) terutama selepas hampir tiga tahun beraksi bersama TFC.

“Buat masa sekarang saya mahu berehat bersama keluarga terlebih dahulu, lagipun Liga M masih lagi panjang berbanding tahun sebelum ini,” kata Habib menerusi laporan dikeluarkan oleh
Harian Metro.

Pada pandangan anda, pasukan mana bakal diwakili Habib untuk saingan hadapan? Kedah Darul Aman (Kedah) antara kelab dikaitkan kini yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN