A-H Piala Dunia Rusia 2018, England & Belgium, Sepanyol & Portugal Sekumpulan

Semalam telah berlangsung undian Piala Dunia 2018. England telah diundi sekumpulan dengan Belgium dalam kumpulan G, Sepanyol dan Portugal diletakkan dalam kumpulan B. Berikut adalah rumusan awal kami tentang keputusan undian semalam.

Kumpulan A-ksi tuan rumah

Rusia diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Mesir, Arab Saudi dan Uruguay. Di atas kertas, Uruguay diletakkan sebagai pilihan.

Namun Mesir dianggap pencabar kepada Rusia untuk mara ke pusingan kedua. Manakala Arab Saudi pastinya mahu memperbaiki aksi mereka dalam penyertaan kali ini.

Mesir

Kumpulan ‘B-ox Office encounter’

Dalam kumpulan B, Cristiano Ronaldo akan mengetuai cabaran Portugal dalam saingan kumpulan yang menempatkan Sepanyol. Ianya boleh dianggap box office encounter dalam peringkat kumpulan.

Sepanyol bekas juara dunia dan Portugal hadir dengan status Juara Eropah. Mereka sudah bermain di Rusia dalam Piala Konfederasi.

Maghribi dan Iran akan menjadi pasukan yang berada dalam kumpulan ini untuk mencabar 2 jaguh Eropah ini.

Kumpulan C-abaran Perancis

Ramai merasakan Perancis akan melepasi kumpulan ini dengan mudah. Kumpulan yang turut meletakkan Australia, Peru dan Denmark.

Namun cabaran 3 lagi pasukan nampak seimbang untuk mengiringi pasukan Perancis. Namun penyokong Perancis pastinya mengharapkan tiada masalah dalaman pasukan dalam Piala Dunia kali ini. Ini kerana mereka memiliki kolam bakat yang sangat baik ketika ini.

Kumpulan D-ark Horses

Kumpulan D dianggap kumpulan yang agak terbuka dengan saingan Argentina, Iceland, Croatia dan Nigeria. Argentina diletakkan sebagai pasukan pilihan.

Namun 3 lagi pasukan tersebut dianggap kuda hitam dalam kejohanan kali ini. 3 pasukan tersebut mampu memberikan masalah kepada Argentina.

Jadi, Argentina harus bersedia dengan lebih baik supaya memperbaiki aksi tak konsisten dalam pusingan kelayakan.

Argentina’s Lionel Messi and Argentina’s Paulo Dybala (Photo KIRILL KUDRYAVTSEV/AFP/Getty Images)

Kumpulan ‘E-asy Group’ untuk Brazil?

Adakah ini kumpulan mudah untuk Brazil? Mereka dijangkan akan meloloskan diri daripada kumpulan yang dianggap mudah untuk mereka kali ini.

Brazil berada dalam prestasi terbaik dengan ramai bintang akan dicabar 3 pasukan, Switzerland, Serbia dan Costa Rica.

Kumpulan ‘F-avourite’ adalah Jerman

Kumpulan F meletakkan Jerman selaku juara bertahan akan berhadapan cabaran Mexico, Sweden dan Korea Selatan. Jerman sudah pastti turun dengan status pasukan pilihan kali ini.

Kumpulan ini bukannya mudah. Mexico sudah dikenali dengan kemampuan mereka menjadi ‘giant-killer’ dalam Piala Dunia. Manakala Sweden dan Korea Selatan tahu cara untuk menang.

Kumpulan G-egaran EPL

England dan Belgium dianggap pilihan untuk mara cuma mahu menentukan juara kumpulan sahaja. Selain England dan Belgium, kumpulan G juga menghadirkan cabaran Panama dan juga Tunisia.

England dan Belgium akan bertemu dalam perlawanan terakhir kumpulan. Terlalu kuat sentimen EPL kali ini dengan bintang seperti Hazard, Fellaini, Lukaku, Courtois, Kevin De Bruyne, Kompany dan ramai lagi bermain untuk Belgium.

Roberto Martinez juga bekas pengurus Wigan dan Everton. Mereka akan cuba mengatasi England di peringkat kumpulan.

BORDEAUX, FRANCE – JUNE 18 : De Bruyne Kevin forward of Belgium celebrates with Hazard Eden midfielder of Belgium after Lukaku Romelu forward of Belgium( Photo by Nico Vereecken / Photonews via Getty Images)

Kumpulan H-arapan terbuka

Kesemua pasukan dalam kumpulan H memiliki peluang yang agak setara untuk mara. Poland, Senegal, Columbia dan Jepun masing-masing memiliki kemampuan untuk mengalahkan antara satu sama lain. Ini mungkin kumpulan paling terbuka untuk kali ini.

Berikut adalah keputusan undian penuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN