Guilherme Sedia Jaringkan Lebih Banyak Gol Untuk Kuala Lumpur

Kejayaan muncul sebagai penjaring terbanyak saingan Liga Premier musim lepas menyuntik semangat penyerang berbisa Kuala Lumpur, Guilherme De Paula untuk meletakkan sasaran terbaharunya untuk musim 2018.

Penyerang yang berusia 31 tahun ini menandatangani kontrak lanjutan untuk menyarung jersi Kuala Lumpur selama 2 tahun dan berhasrat untuk memecahkan rekod jaringan bekas pemain Kuala Lumpur, Fandi Ahmad.

Legenda Singapura, Fandi Ahmad merupakan penjaring terbanyak Kuala Lumpur dengan 67 gol sepanjang lima musim bersama pasukan itu dari 1986 hingga 1990.

Bercakap kepada Berita Harian, Guilherme mempunyai sasaran untuk memecahkan rekod itu dan menjadi legenda untuk pasukan Kuala Lumpur.

“Di minda saya ketika ini, saya mempunyai sasaran dan saya mahu menjadi penjaring terbanyak sekali lagi,” kata Guilherme.

“Saya tahu ia sukar tapi saya akan cuba memberikan yang terbaik. Untuk menjadi penjaring gol terbanyak, saya memerlukan rakan sepasukan untuk membantu dan kami mempunyai beberapa pemain baharu yang bagus seperti Indra (Putra Mahayuddin) dan Zaquan (Adha Radzak).

“Tapi saya juga akan membantu pemain lain untuk menjaringkan gol, kami berada dalam satu pasukan dan ia bukan mengenai saya seorang,” katanya.

Kredit: Kuala Lumpur The City Boys

Bekas pemain import Selangor dan PDRM itu berhasrat untuk kekal lebih lama dengan pasukan Kuala Lumpur bagi membantu mengembalikan zaman kegemilangan skuad warga kota.

“Jika saya boleh kekal untuk tiga hingga empat tahun lagi, saya berpeluang untuk melakukannya.

“Saya gembira di sini, kami memiliki pasukan yang baik dan saya mahu membuatkan peminat gembira.” ujarnya.

Kuala Lumpur akan menentang Selangor dalam pertemuan “klang valley derby” apabila kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu pada aksi pertama Liga Super di Stadium Bola Sepak Cheras, Ahad ini.

“Selangor pasukan pertama saya di Malaysia dan membuka pintu kepada saya untuk datang ke negara ini,” kata Guilherme yang membantu Red Giants menjuarai Piala Malaysia 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN