Guilherme de Paula Pilih ‘Killer’ Dan ‘Double Killer’ Sebagai Penyerang Idamannya Di Malaysia

Bagi seorang penyerang yang sudah lama berkelana di Malaysia, agak mengejutkan bila kami mendapati Guilherme de Paula tidak tahu peminat bola sepak tempatan memanggilnya ‘Wak Doyok’.

“Really? Who is Wak Doyok?” soal de Paula pelik ketika kami memberitahu nama panggilan beliau di kalangan peminat bola sepak tempatan.

Mula mencipta nama di Selangor bersama skuad Mehmet Durakovic yang memenangi trofi Piala Malaysia 2015, de Paula turut mencipta nama sebagai target man yang keras, komited dan tajam di depan gol jika diberikan ruang.

Buktinya pada 24 Mei 2017 lepas (sebelum liga bercuti sempena Ramadan dan Hari Raya), de Paula menjaringkan kesemua 6 gol untuk membantu Kuala Lumpur membelasah ATM 6-0.

Sumber: Goal.com

Ini menjadikan beliau pemain kedua dalam sejarah Liga Super yang pernah menjaringkan 6 gol dalam satu-satu perlawanan selepas Marlon Alex James yang melakukannya pada tahun 2005.

Kini bermain bersama Kuala Lumpur, de Paula dan rakan-rakannya sedang melihat peluang untuk dipromosi ke Liga Super pada musim depan. Beliau turut optimistik dengan peluang Kuala Lumpur dalam Piala Malaysia.

“Musim lepas saya berjaya menjadi penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan 7 gol. Saya harap pada tahun ini, saya dapat menjaringkan lebih banyak lagi untuk membantu KL,” luahnya dengan yakin.

11 idaman Wak Doyok

Ketika kami merakam sesi 11 Idaman ini, de Paula ternyata tak boleh melupakan ‘tali persaudaraan Brazil’ beliau. 4 pemain daripada kesebelasan utama idamannya adalah pemain Brazil.

“Saya suka pemain-pemain Brazil di Malaysia. Walaupun kami musuh di atas padang, kami sentiasa bergelak tawa di luar padang.”

Sepanjang siri 11 Idaman ini dibuat, kami biasa melihat nama-nama pemain dari JDT dan Kedah menguasai senarai kesebelasan utama idaman pemain.

Dalam siri Guilherme de Paula ini, kami mengesan nama seorang pemain Kuala Lumpur yang cukup bagus untuk dimasukkan dalam kesebelasan utama idaman ‘Wak Doyok’ Brazil ini.

“Dia keras. Susah untuk melepasi kawalannya,” jelas de Paula mengenai kualiti pemain tersebut.

Siapa pemain tersebut? Siapa pula ‘killer’ dan ‘double killer’ yang dipilih de Paula sebagai penyerang idamannya? Saksikan video di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN