‘Scout’ Donnarumma Dedah: AC Milan Bukan Kelab Pertama Yang Pernah Dibelot Donnarumma

Dengan Gianluigi Donnarumma sah meninggalkan AC Milan selewat-lewatnya pada akhir musim 2017/2018 (jika tiada kelab yang berminat dengan beliau pada musim panas ini), penyokong AC Milan mungkin boleh bertenang dengan artikel ini.

Peninjau bakat atau ‘scout’ yang mula-mula menemui Gianluigi Donnarumma memberitahu umum bahawa beliau telah melihat kecenderungan Donnarumma untuk ‘membelot’ sejak zaman beliau belum diwakili oleh Mino Raiola lagi.

Bercakap kepada TMW Radio di Itali, Giocondo Martorelli (gambar bawah) yang mengesan bakat Donnarumma semasa kecil dan memberinya peluang percubaan di Inter Milan berkata:

“Saya mungkin akan menyakitkan hati sesetengah pihak. Tetapi saya dah nampak perkara ini (Donnarumma-gate) berlaku.”

Sumber: TUTTOmercatoWEB.com

“Pengalaman saya dengan beliau semasa sebelum di Milan lagi telah membuatkan saya tak terkejut bahawa Donnarumma tidak akan menandatangi kontrak baru.”

Ketika diminta menjelaskan hubungannya dengan Donnarumma, Martorelli memberitahu, “Saya kenal keluarga, saudara dan segala ceruk penjuru rumah Donnarumma.”

“Ada perkara tentang beliau yang saya terkejut bila mendengarnya. Ada juga wartawan akhbar dan TV yang sudah mengetahuinya – tetapi memilih untuk tidak mendedahkannya. Sejarah Donnarumma agak kompleks. Ianya hasil persekitarannya yang tak adil sejak beliau kecil.”

Martorelli turut menceritakan pengalaman beliau meninjau bakat Donnarumma buat pertama kali di Naples.

“Saya tak boleh cakap saya yang menemui bakatnya. Saya cuma bernasib baik kerana berada pada tempat betul, pada masa yang betul. Masa itu beliau baru berumur 10 tahun. Orang buta pun boleh tahu Donnarumma pemain yang sangat berbakat.”

“Saya jumpa beliau di Naples dan terus menghubungi Piero Ausilio di Inter Milan. Selama 3 tahun setengah saya hantar Donnarumma ke Inter. Akhirnya pada 2013, Donnarumma dapat kontrak.”

(Photo credit: OLIVIER MORIN/AFP/Getty Images)

Ketika itulah Martorelli dapat mengesan kelakuan negatif Donnarumma dan keluarganya buat kali pertama.

“Semuanya berjalan dengan lancar. Beliau hanya perlu menandatangani kontrak dengan Inter. Petang itu, Donnarumma, bapa dan ibunya telah bersetuju. Kerja keras saya selama 4 tahun membuahkan hasil.”

“Keesokan paginya, mereka menandatangani kontrak dengan AC Milan pula. Tanpa amaran atau profesionalisme. Bila diimbas kembali, mungkin ada beberapa perkara yang membuatkan saya faham bagaimana Donnarumma boleh masuk Milan.”

Martorelli ternyata kecewa dengan keputusan Donnarumma dan keluarganya. Tetapi tak terkejut apabila penjaga gol muda itu mengulangi perangai lamanya.

“Saya ulang sekali lagi: pada tahun 2013, beliau dan keluarganya menandatangani kontrak dengan Inter. Mereka balik ke Naples. Esok pagi mereka naik kapal terbang dan menandatangani kontrak dengan Milan pula. Perjanjian kami 24 jam sebelum itu menjadi sia-sia.”

“Apa lagi yang boleh saya kata? Saya terkejut ramai wartawan yang tak tahu kes ini dan mengendahkannya.”

Sumber:

1. Football Italia staff, Football Italia (2017), Scout: ‘Donnarumma was always trouble’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN