Quantcast

BERITA

City Layak Tetapi Guardiola Tidak Puas Hati Dengan Aksi Pemainnya

Walaupun tewas 1-2 kepada Basel tetapi Manchester City berjaya layak ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas menang agregat 5-2 ke atas Basel di peringkat 16 akhir tetapi pengurus pasukan itu, Pep Guardiola tetap tidak berpuas hati dengan prestasi pemainnya.

Pada pertembungan pertama di St. Jakob Park, Manchester City mudah menumpaskan wakil dari Switzerland itu dengan keputusan 4-0.

Pemain yang baru pulih daripada kecederaan, Gabriel Jesus tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan di Stadium Etihad.

Pemain antarabangsa Brazil tersebut dengan mudah menolak masuk hantaran lintang yang dilakukan Bernardo Silva pada minit ke-7.

Ketinggalan dengan agregit 5-0 jelas tidak mematahkan semangat juang anak buah Raphael Wicky untuk kembali bangkit bagi menghasilkan jaringan.

Pada minit ke-17, Basel berjaya memperolehi jaringan penyamaan menerusi Mohamed Elyounoussi yang menerima hantaran daripada Blas Riveros.

“Kami amat gembira berjaya layak ke peringkat lapan akhir sekali lagi kerana ia memberi prestij,” ujar Guardiola.

“Kami hampir menyapu bersih di peringkat kumpulan dengan menyingkirkan salah satu pasukan terbaik di dunia di Napoli, dan kami bermain dengan bagus semasa perlawanan pertama di Basel, dan separuh masa pertama malam ini.

“Kami hanya kurang perasaan sama di babak kedua di mana ia tidak bagus.

“Kami lupa untuk menyerang, kami lupa untuk bermain, kami melakukan hantaran bola hanya sekadar hantaran. Menghantar bola sepatutnya untuk menggerakkan penyerang supaya menyerang, tapi menghantar bola sekadar hantaran sia-sia.

“Pada separuh masa kedua, ia amat teruk”

City melakukan enam perubahan pemain dari skuad yang meraih kemenangan 1-0 ke atas Chelsea hari Ahad lalu dan Guardiola percaya ia telah menjejaskan rentak permainan pasukannya.

“Anda akan dapati semua kelab bola di dunia ini yang apabila enam hingga tujuh perubahan dilakukan, ia sentiasa pasukan-pasukan tersebut tidak lagi sama,” jelasnya.

Keputusan itu menamatkan catatan 36 perlawanan tanpa kalah City di Stadium Etihad dalam semua pertandingan dan pengendali Sepanyol itu sedar bahawa pemilihan pemain memberi kesan terhadap hasil pagi tadi.

Undian peringkat suku akhir akan dilakukan pada 16 Mac ini dan Guardiola menegaskan yang pasukannya tidak gentar untuk bertemu sesiapa sahaja.

“Apabila anda berjaya ke suku akhir, perbezaan sebagai contoh antara Juventus dan Tottenham agak sama, jadi pada tahap tersebut semua pasukan amat mencabar dan sukar.

“Kami tahu kami perlu berikan persembahan terbaik untuk bersaing dalam situasi-situasi tersebut, namun kami akan cuba bersedia untuk itu. Ia penting untuk menyedari tahap kami.” katanya.