Terengganu FC Tak Sabar Turun Beraksi Menentang JDT

Reputasi hebat kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku juara Liga Super 4 kali ternyata tidak begitu mengentarkan skuad bimbingan Irfan Bakri Abu Salim, Terengganu FC (TFC) apabila kedua-dua bakal berentap dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sabtu ini.

Ia adalah pertemuan yang menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air kerana dua-dua pasukan menduduki tangga teratas Liga Super ketika ini.

Pertahanan import skuad TFC, Igor Zonjic melahirkan keyakinan tinggi terhadap kemampuan rakan sepasukannya untuk melakar kejutan menewaskan bekas juara Piala AFC 2015 itu di halaman sendiri.

Beliau berkata kepada Berita Harian, berjanji akan menampilkan aksi cemerlang dan memastikan misi untuk mengutip 3 mata tercapai sekaligus merampas kedudukan teratas Liga Super daripada JDT.

“Sasaran pasukan adalah untuk mencatat kemenangan dan secara peribadi saya dan rakan sepasukan sudah bersedia menyekat rangkaian penyerang JDT daripada membolosi gawang skuad kami biarpun lawan tanpa kehadiran penyerang sensasinya, Jorge Pereyra Diaz.

“Selain itu, prestasi terbaik pasukan yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga turut menambah lagi keyakinan kami untuk menundukkan mereka dan semestinya kami tidak gerun dengan reputasi skuad itu sambil berharap kemenangan akan berpihak kepada kami, ” katanya.

Pasukan Terengganu FC membuat persiapan rapi menjelang pertemuan menentang JDT sabtu ini. FOTO: TFC

TFC kini menduduki tempat kedua selepas 4 perlawanan Liga Super dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini. Manakala JDT menduduki tangga teratas apabila mencatat 3 kemenangan dan 1 kekalahan.

Jika TFC berjaya mencatat kemenangan ataupun seri, pasukan tunggal yang masih belum tewas itu mampu merampas kembali takhta teratas liga.

Igor Zonjic bersama rakan sepasukannya menjalani latihan. FOTO: TFC

Zonjic turut berkata pasukannya tetap berwaspada terhadap ancaman rangkaian serangan skuad JDT yang diketuai oleh Luciano Figueroa sambil dibantu oleh Hazwan Bakri dan Gonzalo Cabrera.

“Sebagaimana kita tahu JDT adalah pasukan yang mantap di setiap posisi selain wakil Malaysia dalam saingan Piala AFC dan ini sudah pasti tidak mudah buat kami apatah lagi rekod terbaik pasukan itu menjuarai liga empat tahun berturut-turut.

“Justeru kami perlu memperagakan aksi lebih 100 peratus terutama bagi mengekang asakan penyerang lawan bagi memastikan impian kami mencipta kemenangan dan mengekalkan rekod tanpa kalah berhasil, ” kata pemain yang berusia 27 tahun itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN