Bintang dari Korea Selatan, Son Heung-min muncul sebagai wira apabila meledak gol tunggal untuk membantu Spurs menewaskan Manchester City 1-0 dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
Heung-min meledak gol kemenangan ketika permainan berbaki 12 minit untuk ditamatkan di Stadium baharu Tottenham Hotspur.
157 – Tonight will be the first ever European meeting between Tottenham Hotspur and Manchester City in what is the 157th meeting between the teams in all competitions. History. #TOTMCI pic.twitter.com/wXm5Uun2s7
— OptaJoe (@OptaJoe) April 9, 2019
City berpeluang menjaringkan gol pada babak pertama melalui sepakan penalti namun penjaga gol Spurs, Hugo Lloris cemerlang menyelamatkan sepakan Sergio Aguero.
City memperolehi penalti selepas Danny Rose didapati bersalah menerusi Video Pengadil Bantuan (VAR) kerana menggunakan lengannya untuk menghalang jaringan Raheem Sterling.
Namun begitu, Tottenham menguasai sebahagian besar permainan dan tidak bernasib baik apabila gagal menambah jaringan.
Great night last night @SpursOfficial . I really believe the electric atmosphere at what’s an amazing stadium helped unsettle @ManCity. It was my daughter’s 1st trip to WHL – old or new and she told me it was the best day of her life! #bbcfootball pic.twitter.com/Y9fKqg5UQs
— Andrea Ellis (@IamAndreaEllis) April 10, 2019
“Kami berhak memenangi perlawanan ini kerana menunjukkan permainan yang lebih baik berbanding lawan.
“Saya juga teruja dapat bermain di stadium baharu yang hebat ini dan menggunakan peluang itu untuk memberi aksi terbaik,” kata Heung-min
Mengulas mengenai kekalahan itu, pengurus City, Pep Guardiola bagaimanapun enggan panik biarpun skuadnya tewas mengejut kepada Spurs.
https://twitter.com/kenyan_digest/status/1115877538390249472
City hanya tewas sekali dalam 23 perlawanan terakhir semua kejohanan, yang menyaksikan mereka menjulang Piala Liga, mara ke final Piala FA dan saling bertukar tempat dengan Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris dalam perebutan juara yang semakin sengit.
Mereka mengawal hampir keseluruhan perlawanan menentang Tottenham namun serangan balas mereka tidak menjadi dan hantaran lincah mereka gagal menemui penyudah diharapkan.
PLAYER RATINGS from Tottenham 1-0 Manchester City https://t.co/2Ihz3SB9do pic.twitter.com/e1qX7lFTt2
— Mail Sport (@MailSport) April 10, 2019
Misi menjulang empat kejuaraan masih belum pudar namun City menempah laluan sukar untuk menguasai pentas Eropah, selepas gagal memanfaatkan perlawanan di mana mereka tewas perlawanan pertama di tempat lawan sejak 1971.
Mereka tewas 0-3 kepada Liverpool pada aksi pertama suku akhir musim lalu jadi beban City dilihat lebih ringan kali ini.
“Musim lalu jauh lebih buruk,” kata Guardiola.
“Selain terlepas beberapa peluang menerusi set-piece dan serangan balas, kami mengawal perlawanan dan bermain dengan baik. Saya harap kami menjaringkan gol tetapi itulah yang berlaku.” katanya.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun akan berentap sekali lagi dalam aksi timbal balik di Stadium Etihad, Rabu depan.