Guardiola Tembak Balik Klopp Tuduh City Berbelanja Seperti Di Dunia Fantasi

Pep Guardiola mengakui dirinya sedikit terganggu dengan dakwaan Jurgen Klopp yang mengatakan Manchester City ‘hidup dalam dunia fantasi’ kerana perbelanjaan yang diamalkan oleh kelab itu.

Minggu lalu Klopp berkata Liverpool mempunyai wang yang lebih sedikit untuk dibelanjakan pada musim panas ini kerana mereka ‘mempunyai bil’ untuk dibayar, dan tidak hidup di dunia fantasi yang membolehkan mereka mendapatkan mana-mana pemain seperti Manchester City.

Guardiola bagaimanapun menolak penilaian Klopp itu, dan ketika bercakap dalam sidang media menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Piala Komuniti Ahad ini, beliau berkata Manchester City tidak mempunyai kelebihan kewangan ke atas Liverpool seperti yang didakwa.

“Ya, ia sedikit menganggu saya kerana ia tidak benar kami [Manchester City] berbelanja £200 juta di setiap jendela perpindahan,” ujar Guardiola di Wembley.

“Begitu juga Liverpool – ‘you’ll never walk alone’ – bukanlah pasukan yang kecil.

“Sudah tentu saya tidak suka kerana ia tidak benar. Musim lalu kami berbelanja hanya £17 juta keseluruhan untuk seorang pemain.

“Dua musim lalu saya berbelanja banyak kerana saya baru mengambil alih dengan 10 atau 11 pemain berusia di atas 30 tahun. Anda harus [menggantikan mereka].

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Tetapi kita tidak boleh berbelanja £200 juta setiap musim. Sebagai contoh, Liverpool juga berbelanja £200 juta musim lalu, dan mereka tidak boleh berbelanja jumlah yang sama musim ini. Pada kami, semuanya sama.

“Musim ini kami membawa masuk hanya satu pemain, Angelino dengan klausa pembelian kembali. Sekarang ini, kelab sudah tidak boleh berbelanja sewenang-wenangnya.

“Apa yang berlaku di Real Madrid dan Barcelona, itu saya tidak tahu kerana saya tidak berada di sana.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN